CADANGAN KERJA-KERJA PERCETAKAN MAJALAH KORPORAT PMBK 2021
Rujukan : PMBK/PTD4/21/KKR5(217)
Tarikh : 29 Jamadil Awal 1442 bersamaan 13 Januari 2021
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
JABATAN MODAL INSAN DAN PENTADBIRAN
________________________________________
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
NO SEBUT HARGA: PMBK/PTD4/21/KKR5(217)
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat kontraktor/pembekal bumiputera yang berkelayakan dan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja sebagaimana berikut: CADANGAN KERJA-KERJA PERCETAKAN MAJALAH KORPORAT PMBK IAITU QIADAH BAGI TAHUN 2021 SEBANYAK 10,000 NASKAH BAGI SETIAP EDISI (EMPAT EDISI SAHAJA) Borang Sebut harga boleh didapati di Unit Pentadbiran PMBK, Tingkat 4, Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Dokumen sebut harga adalah tidak terhad namun PMBK berhak menolak mana-mana tawaran yang disifatkan gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan pada dokumen tawaran sebut harga tersebut. Permohonan mendapatkan dokumen tawaran adalah percuma. Dokumen tawaran yang dilengkapkan butir-butir sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat serta ditandakan nombor rujukan sebut harga di sebelah kanan atas sampul surat dan dihantar ke dalam peti tender di pejabat PMBK, Tingkat 6 pada atau sebelum jam 12.00 tgh pada 27 Januari 2021. PMBK tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. PMBK berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran tanpa menyata sebab di atas keputusan tersebut. JABATAN MODAL INSAN & PENTADBIRAN |
|
DOKUMEN SOKONGAN Kontraktor/Syarikat yang menyertai tawaran sebut harga/tender hendaklah menyediakan/melampirkan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan tawaran sebut harga :-
|