enms
A- A A+
             
     
             

Kerja-kerja perkhidmatan pembersihan dan pencucian di bangunan PMBK

Rujukan : PMBK/PTD4/21(215)

Tarikh    : 30 Rabiul Awal 1442H bersamaan 16 November 2020

 

PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN

JABATAN MODAL INSAN DAN PENTADBIRAN

________________________________________

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

NO SEBUT HARGA: PMBK/PTD4/21(215)

 

 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat bumiputera berkelayakan dan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan pembersihan dan pencucian di bangunan Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang beralamat seperti berikut

PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK), TINGKAT 6, JALAN KUALA KRAI, 15050 KOTA BHARU, KELANTAN.

Sesi taklimat dan penerangan mengenai kenyataan tawaran sebut harga akan diadakan pada 06 Rabiul Akhir 1442H Bersamaan 22 November 2020 (Ahad), Jam 10. 00 pagi, di bilik Mesyuarat PMBK, Tingkat 5 Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai 15050 Kota Bharu Kelantan.

Dokumen sebut harga adalah tidak terhad namun PMBK berhak menolak mana-mana tawaran yang disifatkan gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan pada dokumen tawaran sebut harga tersebut. Permohonan mendapatkan dokumen tawaran adalah percuma.

Dokumen tawaran yang dilengkapkan butir-butir sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat serta ditandakan No. Sebut harga di sebelah kanan atas sampul surat dan dihantar ke peti tender di Tingkat 6, pejabat PMBK pada atau sebelum 12.00 tgh pada 14 Rabiul Akhir 1442H Bersamaan 30 November 2020 (Isnin).

PMBK tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. PMBK berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran tanpa menyata sebab di atas keputusan tersebut.

JABATAN MODAL INSAN & PENTADBIRAN
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
TINGKAT 6, BANGUNAN PMBK
JALAN KUALA KRAI
15050 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
TEL: 09-7474082

   
 
 

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini19
Kelmarin170
Minggu Ini516
Bulan Ini4093
Keseluruhan11049

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2020 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search