Soalan Lazim

Ditulis oleh Super User. Posted in Uncategorised

Apakah itu Laman Portal Rasmi Perbadanan Menteri Besar Kelantan?

Laman Portal Rasmi Perbadanan Menteri Besar Kelantan merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan kumpulan melalui penggunaan Internet.

 

Mengapa Laman Portal Rasmi Perbadanan Menteri Besar Kelantan diwujudkan?

Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah disediakan secara atas talian dan Laman Portal Rasmi ini diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

 

Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Portal Rasmi Perbadanan Menteri Besar Kelantan?

Umumnya, Laman Portal Rasmi Perbadanan Menteri Besar Kelantan boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.

 

Apakah dasar privasi Laman Portal Rasmi ini? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Portal Rasmi ini tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.

 

Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklumbalas kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan kumpulan?

Anda boleh mengisi borang di bahagian "Hubungi Kami" dalam Laman Portal Rasmi PMBK. Ia akan disalurkan kepada jabatan/agensi kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan berkenaan. Untuk ke borang maklumbalas klik di sini.

PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tel: 09-747 4082
Faks:
09-747 7815
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa