MAJLIS NUZUL AL-QURAN DAN IFTAR JAMAIE PMBK 2009

Ditulis oleh Super User. Posted in Uncategorised


Pada tanggal 25 Ramadhan 1430H bersaman 15 September 2009 yang lalu telah diadakan satu majlis berbuka puasa antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bersama anak-anak syarikat PMBK yang terdiri daripada Darul Digital (DD), Kifaalah, PMBK Sawit, Kelantan Biotech, Kelantan Golden Trade dan Majaari Services Sdn. Bhd di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK).

Dianggarkan tetamu yang hadir pada malam itu seramai 200 orang yang terdiri daripada kakitangan PMBK dan anak-anak syarikat serta tetamu jemputan. Turut diundang pada majlis tersebut adalah penceramah jemputan iaitu YBhg Dr. Jamnul Azhar Mulkan iaitu Presiden Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Beliau menyampaikan ceramah sempena Nuzul al-Quran bagi mengisi kekosongan sebelum tiba waktu berbuka.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg Datin Sabariah iaitu isteri kepada Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama pada majlis tersebut adalah YBhg Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PMBK bersama isteri.

Pengarah bagi majlis berbuka puasa ini adalah En. Ahmad Jafny Jusoh. Majlis berbuka puasa ini diadakan bagi memupuk semangat ukhwah di kalangan kakitangan khususnya di antara pihak pengurusan dengan ahli keluarga kakitangan. Selain itu, ia juga diadakan bagi memakmurkan bulan Ramadhan yang mulia dengan amalan kebajikan seperti bersedekah, berpuka puasa secara berjemaah dan pelbagai lagi.

Sebelum berbuka para tetamu telah sembahyang maghrib berjemaah sebelum menikmati hidangan yang disediakan. Antara menu berbuka puasa pada majlis tersebut adalah kurma, akok, puding, daging singgam, kerabu perut, ikan keli percik dan ayam goreng. Semua tetamu berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa