HAJI TAHUN INI BEBAS PENYAKIT BERJANGKIT

Ditulis oleh Super User. Posted in Uncategorised

 

Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan bahawa musim haji tahun ini bebas daripada penyakit berjangkit, menurut Menteri Kesihatannya Abdullah Al-Rabeeah.

Beliau berkata pengisytiharan itu dibuat berdasarkan kepada keputusan Jawatankuasa Kesihatan Haji.

Dalam laporan akhbar harian berbahasa Inggeris Arab News, beliau berkata hanya 73 kes influenza A (H1N1) dengan lima kematian dicatatkan pada sepanjang musim haji ini berbanding dengan jumlah hampir 2.5 juta jemaah haji yang menunaikan ibadah haji tahun ini.

Sementara itu Ketua Pengarah Pertahanan Awam Jen. Saad Abdullah Al-Tuwaijri berkata jumlah kemalangan berkurangan dengan mendadak pada musim haji ini berbanding pada tahun tahun sebelumnya.

"Penurunan mendadak itu kebanyakan disebabkan Jambatan Jamrah setinggi lima tingkat telah siap dan digunakan serta pembesaran kawasan Arafah lebih 30 peratus," kata beliau seperti dilaporkan akhbar itu.

Beliau berkata projek ini mampu meningkatkan kemampuan Pertahanan Awam dan agensi kerajaan lain bagi membolehkan mereka menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap.

Ia juga membolehkan jemaah haji menunaikan ibadah haji dengan lebih selesa dan sempurna, tambah beliau.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa