• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

Ahmad-Yakob Kelantan bentang belanjawan sejahtera rakyat
HARAKAHDAILY, 13 Oktober 2014

KOTA BHARU: Kelantan membentang Belanjawan 2015 bertema Kesejahteraan Rakyat Keutamaan Negeri bagi merancakkan pembangunan ekonomi rakyat.

Selain itu memperkasa pembangunan insan berteras Islam, pembelaan golongan dhaif, OKU, armalah dan warga emas dan mengukuhkan keupayaan institusi serta badan pelaksanaan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, perolehan hasil tahun hadapan dianggar berjumlah RM530.82 juta, manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM601.51 juta.

“Bajet Kelantan tahun 2015 merupakan belanjawan defisit berjumlah RM70.69 juta. Ia meningkat berbanding dengan anggaran defisit bajet 2014 yang berjumlah RM10.39 juta.

“Keadaan ini berlaku disebabkan penyediaan bajet 2015 berdasar pendapatan yang diyakini bakal diperolehi,” katanya ketika membentang Belanjawan 2015 di persidangan Dun hari ini.

Bagaimanapun kata beliau pendapatan jangkaan yang masih dalam proses penyelesaian iaitu royalti gas dan petroleum tidak dimasukkan dalam senarai hasil.

“Namun kerajaan negeri berharap royalti gas dan petroleum akan benar-benar menjadi punca hasil kepada Kelantan,” katanya. Anggaran hasil negeri 2015 meliputi cukai sebanyak RM173.04 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM222.21 juta dan terimaan bukan hasil - RM135.57 juta.

Menteri Besar berkata, jumlah tersebut menunjukkan berlaku penurunan hasil sebanyak RM18.44 juta atau sebanyak 3.36 peratus berbanding anggaran hasil 2014. Hasil tanah akan menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM129.57 juta atau 24.40 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil.

Ini berlaku peningkatan sebanyak RM24.13 juta dibanding anggaran belanjawan 2014. Hasil tanah meliputi pungutan cukai tanah sebanyak RM42 juta, premium tanah RM40 juta, bayaran pendaftaran RM6.74 juta serta bayaran gadaian sebanyak RM5.34 juta.

Manakala hasil perhutanan menyumbang sejumlah RM114.91 juta atau 21.65 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil. “Ia juga menunjukkan peningkatan sebanyak RM47.5 juta jika dibandingkan anggaran belanjawan tahun 2014 yang berjumlah RM67.41 juta.

“Hasil hutan meliputi royalti kayu-kayan yang akan menyumbangkan sebanyak RM30 juta, bayaran Jabatan Hutan sebanyak RM10 juta, permit lesen perhutanan menyumbang RM1 juta dan premium perhutanan sebanyak RM70 juta.

“Hasil perlombongan pula meliputi cukai galian, barite, bijih besi, manganese, feldspar dan emas akan menyumbang sebanyak RM 71 juta. “Ini menunjukkan hasil perlombongan meningkat berbanding bajet lepas iaitu sebanyak RM29.5,” katanya.

Menteri Besar juga berkata, selaras keputusan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan Bantuan Khas Kewangan maka kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan serupa.

Bantuan khas RM500

Pada 15 Julai lepas kerajaan negeri membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pegawai perkhidmatan awam sebagai menghargai khidmat mereka memacu program pembangunan negeri.

Kata beliau juga bangunan baru di Kompleks Kota Darulnaim yang membabit kos RM42.5 juta sedang giat dibangunkan dan dijangka siap tahun hadapan. Manakala pembinaan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing yang melibatkan kos sebanyak RM1.2 juta dijangka siap hujung tahun ini.

Selain itu kerajaan negeri menyediakan peruntuk sejumlah RM75.5 juta bagi menyedia kemudahan infrustruktur untuk keselesaan rakyat. Peruntukan tersebut meliputi sebanyak RM54.5 juta bagi penyediaan infrastruktur asas dan RM21 juta disediakan kepada JKR Negeri.

“Kemudahan infrastruktur disediakan bagi merancakkan pembangunan ekonomi rakyat,” ujarnya.

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa