• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

News Banner Berita Terkini

Selesai luar mahkamah, kemenangan kepada TG Nik Aziz
06 Jun 2013

 

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain termasuk akhbar NST untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah merupakan satu kemenangan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, keputusan tersebut diperolehi ketika perbincangan antara peguam dilakukan dalam kamar di mahkamah semalam.

“Saya menyifatkan ini satu kemenangan kepada Tok Guru Nik Aziz dalam saman yang beliau kemukakan kepada Abdul Rahim dan enam yang lain apabila mereka mahu menyelesaikannya di luar mahkamah.

“Walaupun saya tidak boleh menyatakan jumlahnya yang perlu mereka bayar tetapi ia sebenarnya menunjukkan satu pengakuan dari mereka semua berhubung tindakan yang telah dilakukan,” jelasnya.

 

 

Dalam pada itu beliau juga berharap keputusan ini akan menjadi iktibar kepada mana-mana pihak yang cuba melemparkan fitnah ataupun kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Selain Hisham (gambar kiri) turut mewakili bekas Menteri Besar Kelantan itu ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz pada 31 Mei tahun lepas telah memfailkan saman fitnah RM10 juta itu terhadap Abdul Rahim di samping tiga pemberita akhbar New Straits Times (NST)– Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan NSTP sebagai defendan.

Saman itu dikemukakan berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara pada 8 Mei dalam NST yang menggelar Nik Abdul Aziz sebagai bapa kafir (father of kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Akhbar NST memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya “mengelirukan” rakyat.

 

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa