Fikir Sebelum Buat

Ditulis oleh admin. Posted in Kolumnis

Oleh : Pn Zuraidah Husin

 

Suatu pagi saya meronda Kedai Buku, lokasi kegemaran jika ke mana-mana pusat membeli belah. Tertancap mata di buku yang terpacak antara novel-novel.

Tarbiyyah Sentap dan Tarbiyyah Basah. Menarik tajuknya!

Menatap pula Majalah Solusi Edisi 90, ruang Angguk Geleng, mengisahkan bab anak-anak remaja perempuan membuat kesan ciuman di cermin bilik air. Tegur cara keras dan lembut, keduanya tidak berkesan. Akhirnya, makcik cuci tegur dengan memperlihatkan cara beliau cuci kesan gincu kepada anak-anak remaja tersebut. Caranya, celup berus dalam lubang tandas, dan bersihkan cermin tersebut! Akhirnya, tiada lagi kesan gincu di cermin bilik air………tarbiyyah apakah ini?

Manusia ni semuanya sama. Hati lembut,  nak ditegur cara lembut, nak bercakap kena lemah lembut, kena ikut angin, tidak kerat angin. Tapi boleh makan angin.

Mencari-cari, di mana pengamalan prinsip U.M.I dan Dasar Membangun Bersama Islam;

 

 

Bil

Prinsip

Tafsir

KPI

1

Ubudiyyah

Kerja sebagai ibadat, ikhlas, niat kerana ALLAH

 

2

Masuliyyah

Bertanggungjawab & ambil tanggungjawab dan tidak ada istilah taici, ni bukan kerja saya.

 

3

Itqan

Bersungguh-sungguh, komited

 
 

Hakikatnya;

~ berbicaralah dengan penuh hikmah

~ menulis lah dengan tekun

~ bersabarlah dengan kelakuan tidak menyenangkan

~ buatlah apa dalam kemampuan

~ pohonlah hidayahNya, kerana;

~ Dialah yang memberi taufiq & hidayah.

Last but not least….Ghafir 40:39

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah keseronokan sementara, dan sesungguhnya akhirat dialah sahaja negeri yang kekal”

Dan buat renungan bersama :

 

 

Betulkan yang biasa

Biasakan yang betul

 

Semakin Kuat Beragama

Cara Berfikir

Semakin mistik

Semakin saintifik

Sikap

Semakin pasif

Semakin proaktif

Budaya Kerja

Semakin ala kadar

Semakin tekun dan pakar

Kesihatan

Semakin lemah & berat badan

Semakin cergas & bertenaga

Kekayaan

Lebih rela miskin

Bersemangat untuk kaya demi Allah

 

Sekian, wallahu a’lam.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa