SEDERAP KAKI MELANGKAH

Ditulis oleh admin. Posted in Kolumnis

Noktah 1
 
“Apa PMBK buat dalam misi bantuan banjir?”  Tergaru-garu kepala bila soalan ini ditanya.
 
Terdetik di hati, apakah bantuan air “Eau Choice” di hari pertama banjir berrlaku tidak kelihatan dan kedengaran di mana-mana. Apakah huluran sekampit gula beserta biskut kering dan barangan keperluan asas lain dalam beg kertas berlabelkan PMBK di seminggu awal banjir melanda Rantau Panjang, Pangkalan Kubor dan kawasan persekitaran tidak diterima oleh yang menerimanya.
 
Apakah turunnya pasukan Sukarelawan Mahabbah PMBK dengan hilux berlambangkan PMBK masih dikatakan PMBK tidak membantu. Apakah kudrat pegawai-pegawai PMBK tanpa mengira lagi pangkat dan jawatan  mengharung selut dan lumpur menyampai bantuan dan pulang lewat petang atau sesekali larut malam itu tidak dikatakan PMBK? Pelik bin Ajaib.
 
Noktah 2
 
24 Disember 2014, tarikh bersejarah dengan episod banjir yang makin memuncak. Air menghadirkan dirinya tanpa boleh dihalang. Bantuan perlu diteruskan. Berbekalkan kelulusan dan persetujuan bersama, Kumpulan PMBK dan PKINK, mengumpulkan pelbagai barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada yang memerlukan.
 
Awalnya operasi tersebut dibuat secara berseorangan oleh PKINK di bangunannya sendiri, namun kerana air tetap bertamu di kelilingnya, operasi oleh PKINK telah berpindah di Kelantan Trade Centre (KTC).
 
Gabungan PMBK dan PKINK telah menghantarkan bantuan yang boleh disampaikan ke secara ceruk menggunakan pacuan 4 roda dan lori kecil. Gabungan dua agensi sahaja tidak memadai untuk misi yang besar ini. Lantas, YB Hjh Mumtaz Md Nawi selaku Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, telah melangkah ke hadapan menggunakan portfolio yang dipegang membentuk Pangkalan Hadapan Khairat Banjir menggabungkan PMBK, PKINK, Tabung Tok Kenali dan NGO-NGO lainnya, menyusun strategi menggerakkan bantuan secara bersepadu.
 
Skuad Mahabbah PMBK turut membanting tulang, mengangkat barangan ke lori dan pacuan 4 roda bagi tujuan untuk diagih-agihkan.
 
Apakah ini juga tidak dikatakan hadirnya PMBK di persada banjir?
 
Noktah 3
 
Berbekalkan dua telefon bimbit, PMBK mendaki selular gelombang mendapatkan khidmat helikopter sedang kumpulan petugas yang menggerlarkan diri sebagai Skuad Sukarelawan Mahabbah PMBK tidak henti-henti meneruskan kerja-kerja menghantar bantuan dengan pelbagai cara.
 
Terkedu hati bila mendengar ada yang terputus bekalan makanan dan hubungan terputus kerana tidak boleh dilangkaui dengan pacuan 4 roda dan lori, tiada bot yang boleh disewa di saat genting begini lalu helikopter sebagai alternatif terakhir.
 
Inilah kerja-kerja yang menoktahkan cereka. Berbekalkan keyakinan, sekalipun kerja buat ini tidak dilihat manusia malah makhluk bumi sekalipun enggan mendendangkannya, keyakinan masih utuh bahawa makhluk Allah di langit pasti menyebutnya di Arasy sana, InsyaAllah. 
 
Dek Kerana bibit-bibit patah perkataan telah menyelesaikan semuka kertas A4, ternoktahlan tulisan ini di sini. Memberi ruang dan peluang untuk anda berfikir, apakah PMBK tidak membantu atau di manakah kita sebenarnya.
 
Tahniah dan terima kasih bagi semua yang kakitangan PMBK yang terlibat. Tragedi ini sebenarnya menyatukan kita. Hanya Allah yang layak membalasnya.
 
PMBK Transform!!!
 
ZURAIDAH HUSIN
PENGURUS KANAN PEMBANGUNAN KORPORAT
PERBDANAN MENTERI BESAR KELANTAN

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa