Berita

dirham1Dirham khas sempena Himpunan 355
HarakahDaily, 16 Februari 2017

KOTA BHARU: Sempena Himpunan 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu ini, Kelantan Golden Trade (KGT) menawarkan dirham khas kepada orang ramai.

Pegawai Pemasarannya, Mohd Adnan Abdullah berkata sebanyak 2,000 keping dirham ditawarkan kepada orang ramai yang hadir pada perhimpunan tersebut.

Katanya, mereka yang berminat boleh mendapatkannya di gerai jualan KGT di Padang Merbok, ditawar pada harga RM25 sekeping. Dirham khas tersebut dilancar Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob di Kota Darulnaim hari ini.

“Dirham khas sempena RUU355 itu begitu cantik reka bentuknya dan amat sesuai untuk dimiliki sebagai kenangan atau hadiah kepada kenalan,” katanya.

Menurutnya dirham edisi khas tersebut dikeluarkan dalam jumlah yang terhad.

Menteri Besar turut menyokong usaha dilakukan KGT mengeluarkan dirham khas sempena Himpunan 355.

“Saya berharap orang ramai dapat memiliki dirham khas ini sebagai tanda kenangan dan sokongan pada hari bersejarah itu,” katanya.

Beliau juga berharap rakyat Kelantan meluangkan masa hadir Himpunan RUU 355 sebagai menyatakan sokongan terhadap pindaan Rang Undang-Undang 355 bagi menambahbaik mahkamah syariah.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa