Berita

LRAMerbauChondongLRA Merbau Chondong operasi tak lama lagi
SINAR HARIAN, 25 MEI 2016

MACHANG - Gangguan bekalan air di sini, Pasir Puteh dan sebahagian Selatan Kota Bharu dijangka selesai apabila Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong, yang dinaiktaraf mula beroperasi sepenuhnya akhir tahun ini.

Pengarah Eksekutif Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Sanusi Othman berkata, kerja-kerja menaiktaraf LRA tersebut menunjukkan perkembangan memberangsangkan dan bakal menyelesaikan masalah bekalan air di tiga jajahan tersebut.

Katanya, ia bakal menjadi LRA terbesar di Kelantan dengan mengeluarkan 124 juta liter air sehari (MLD) untuk menampung keperluan pengguna.

"Kerja naik taraf dimulakan sejak dua tahun lalu dibahagi kepada empat pakej dan kini sudah 80 peratus siap. InsyaALLAH, selepas ini masalah air yang dihadapi penduduk di tiga daerah itu akan selesai.

"Ini adalah loji yang terbesar di Kelantan dan kami komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Terbuka dan Penutup Latihan Kem Tahunan Siri 3/2016 Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke 60 Rejimen Askar Jurutera Diraja (AW) Zon Timur di LRA Merbau Chondong, di sini, hari ini.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa