Berita

Piala faPiala FA: Kelantan umum cuti peristiwa Ahad ini
SINAR HARIAN, 18 Mei 2015

KOTA BHARU – Kelantan mengumumkan 24 Mei ini sebagai cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala FA antara The Red Warriors dan Lions XII.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, dengan pengumuman cuti itu diharap penyokong dan peminat yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut tidak perlu lagi tergesa-gesa pulang.

 

“Ahad ini cuti peristiwa di Kelantan bagi memberi keselesaan kepada penonton yang menyaksikan perlawanan berkenaan pulang dengan selesa dan tidak perlu tergesa-gesa.

"Saya juga berharap penyokong dari Kelantan menjaga solat dan mempertahankan tatasusila sebagai anak Kelantan ketika menyaksikan perlawanan itu,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil 23 Mei ini.

Menteri Besar juga berharap penyokong Kelantan membawa roh riadhah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika.

"Saya menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-Allah,” katanya.

Beliau juga berharap pasukan bola sepak menyemarak semangat Kelate Boleh!

Kelantan layak ke peringkat akhir setelah berjaya menumpas Pahang dengan agregat 3-2 pada perlawanan separuh akhir kedua malam semalam. -

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa