Berita

BERITA.BM.27.9

Kelantan sedia RM171 juta naik taraf infrastruktur

Harakah Daily, Salmah Mat Husain, 08 Okt 2013

 

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mempertuntukkan sejumlah RM171.88 juta untuk program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat dalam Belanjawan 2014.

 

Pada masa yang sama, peruntukan mengurus negeri juga turut disediakan sebanyak RM85.5 juta pula akan disalurkan sama seperti Belanjawan 2013.

 

Peruntukkan itu dari Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PBT dan Pejabat Tanah dan Jajahan bagi menyelenggarakan jalan-jalan negeri.

 

Ketika membentangkan Belanjawan 2014 itu semalam, Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, ianya selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

 

Katanya, di bawah Jabatan Kerja raya (JKR) Negeri 2014, sejumlah RM21 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan jalan dan jambatan bagi mempertingkatkan keselamatan pengguna di samping memperluaskan rangkaian jalan.

 

“Kerja-kerja memperluaskan persimpangan jalan utama yang sempit dan menaiktaraf serta melebarkan jalan akan terus dipergiatkan,”ujarnya.

 

Pada masa yang sama, menurut Ahmad lagi, sebanyak RM30 juta lagi akan diperuntukkan bagi proses pengambilan balik tanah pada tahun 2014.

 

Tambahnya, ianya bertujuan untuk menyambung beberapa jalan-jalan utama yang sediaada di sekitar Kota Bharu bagi mengurangkan kesesakan lalulintas.

 

“Sebanyak RM50,000 lagi diperuntukkan untuk projek tradisional bagi memperelok atau menaiktaraf kampong-kampung tradisional,”ujarnya.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa