Berita

BERITA.BM.27.9

45% pelajar Kelantan belajar perubatan di Mesiralt

Harakah Daily, Aslani M, 07 Okt 2013

 

KOTA BHARU: Kira-kira 45 peratus daripada jumlah pelajar Kelantan yang melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Mesir belajar dalam bidang perubatan.

 

Anggota Exco, Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan berkata, pelajar terbabit melanjut pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

 

"Jumlah pelajar terbabit iaitu seramai 663 orang daripada lebih 1,500 pelajar Kelantan yang sedang menuntut di Mesir," katanya pada persidangan Dun hari ini.

 

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan Azami Mohd Nor (PAS-Kadok).

 

Katanya, selain bidang pengajian lain termasuk Pengajian Islam dan Bahasa Arab seramai 682 pelajar, pengajian al-Quran (104), matrikulasi (4) dan lughah (34).

 

Menurutnya, kalau sebelum ini ramai yang melanjut pelajaran ke Mesir hanya dalam bidang agama sahaja, namun sekarang sudah berlainan.

 

Kata beliau ramai berminat melanjut pelajaran ke Mesir sekarang dalam bidang perubatan bagi membolehkan mendalami ilmu agama dan Bahasa Arab. "Sebab itulah sekarang 7,000 daripada 12,000 pelajar Malaysia di Mesir belajar dalam bidang perubatan," katanya.

 

Menurutnya juga kerajaan negeri tidak bercadang memindah pelajar di Mesir ke tempat lain memandang keadaan di sana sekarang semakin reda.Namun pelajar masih diberi pilihan lain sekiranya mereka ada pilihan sendiri.

 

Dr Fadzli juga berkata kerajaan negeri memberi saguhati sebanyak RM1,000 kepada pelajar kelantan yang dibawa pulang ketika Ops Piramid 2.

 

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa