Berita

News Banner Berita Terkini

altTiada lagi gangguan bekalan air
Sinar Harian, 21 Ogos 2013

KUALA KRAI: Masalah gangguan bekalan air boleh dikatakan sudah sinonim dengan penduduk beberapa kawasan di daerah ini menjelang hari raya sejak beberapa tahun lalu.

Bukan sahaja menjejaskan kegembiraan penduduk menyambut hari lebaran, malah masalah gangguan air pada hari raya sudah sering dipaparkan media.

Justeru, apabila gangguan bekalan air tidak lagi berlaku di daerah ini seperti mana tahun-tahun sebelum ini pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini, ia sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan.

Menjelaskan perkara itu, Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Ir. Mohamad Hanapi Mahmud berkata, masalah gangguan bekalan air di daerah ini dapat diatasi selepas pihaknya menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Pahi, dekat sini.

Lebih memberangsangkan katanya, kerja naik taraf kadar pengeluaran loji itu daripada 12 juta liter sehari (MLD) kepada 20 MLD berjaya disiapkan sepenuhnya beberapa hari menjelang Aidilfiltri, 8 Ogos lalu.

“Sebelum naik taraf, air daripada LRA Pahi terpaksa dibahagi-bahagikan menyebabkan sesetengah kawasan berdepan masalah gangguan air kritikal kerana air dibekalkan loji tidak cukup.

“Jika ada pun masalah gangguan bekalan air (selepas naik taraf), ia disebabkan masalah paip bocor,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sinar Harian Kelantan, kelmarin.

Mohamad Hanapi berkata, tarikh sebenar kerja naik taraf LRA Pahi siap adalah pada April lalu sebelum pihaknya mengadakan beberapa siri percubaan terhadap keupayaan loji berkenaan.

“Sebab itu, dalam dua tiga bulan percubaan dilakukan AKSB bagi menguji kerja naik taraf ini, sering berlaku masalah gangguan bekalan air," katanya.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa