Berita

News Banner Berita Terkini

altMB, exco santuni pesakit dan kakitangan HUSM    
Salmah Mat Husain Foto: Zam & Rizal,     05 Ogos 2013

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyantuni 100 orang pesakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan pagi ini.

Program tahunan itu diketuai Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Datuk Che Abdullah Md Nawi dan Dr Ramli Mamat.

Eempat wad dikunjungi oleh pimpinan kerajaan negeri itu antaranya, 4 Selatan, 3 Selatan dan 1 Selatan yang menempatkan pesakit barah, orthopedik dan perubatan.

Amar ketika ditemui memberitahu, kunjungan itu merupakan program kebajikan kerajaan negeri yang diadakan setiap tahun sejak 23 tahun yang lalu.

Menurutnya, ianya bertujuan untuk mengeratkan hubungan pimpinan kerajaan negeri dengan kakitangan HUSM dan pesakit itu sendiri.

Menurutnya lagi, bukan hanya pimpinan kerajaan negeri sahaja, sebaliknya isteri-isteri mereka di bawah Purnama yang diketuai isteri Menteri Besar, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid, turut menziarahi pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab ll.

alt“Pada masa yang sama kita membawa ‘buah tangan’ untuk pesakit tanda ingatan kerajaan negeri pada mereka bagi berkongsi kesedihan kerana tidak dapat berhari raya bersama keluarga,”ujarnya.

“Bayangkanlah seorang pesakit mendapat rawatan di hospital selama 31 tahun dan saya sendiri akui tidak pernah dengar perkara itu sebelum ini.

“Kita mendoakan semoga Allah menyembuhkan penyakit mereka, bersabar menghadapi ujian yang diberikan pada mereka,”ujarnya.

Tambahnya, sewajarnyanya mereka yang dianugerahkan kesihatan yang baik perlu bersyukur kepada Allah SWT.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa