Berita

News Banner Berita Terkini

altMB doa anak Kelantan pulang dengan selamat
Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir,     05 Ogos 2013

TUMPAT: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, mengucapkan selamat pulang pada anak Kelantan di perantauan yang kini telah mula pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, kepada masih yang bersiap untuk pulang diharap mereka berhati-hati di jalan raya serta memandu dengan penuh berhemat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri daripada kerajaan negeri, sumbangan badan korporat dan sumbangannya sendiri kepada 200 orang penerima.

Katanya, semoga anak rantau pulang dengan selamat dan jangan sekali-kali ikut perasaan ketika memandu.

“Masing-masing jaga diri, kalau mengantuk rehat seketika kerana perjalanan yang jauh macam-macam hal boleh berlaku,”ujarnya.

Pada masa yang sama Ahmad  turut memberitahu beliau akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama bermula jam 10.30 pagi hingga jam 5.00 petang.

“Saya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Kelantan tidak kira di mana sahaja berada, moga Aidilfitri ini lebih membawa seribu erti buat kita umat Islam,”ujarnya.

Sehubungan itu beliau turut menjemput rakyat Kelantan tanpa mengira faham politik, kaum, hadir ke rumahnya.

Aidilfitri tahun ini merupakan kali pertama beliau menyambutnya sebagai menteri besar.

Sementara itu, Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga akan mengadakan rumah terbukanya sebagaimana biasa pada hari raya pertama Aidilfitri.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu menjemput semua rakyat Kelantan menginjungi rumah terbukanya bermula jam 10.30 pagi dan berakhir pada sebelah petang.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan pada semua umat Islam di seluruh negara,”ujarnya.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa