Banner Article 01

gotong royong perdana kelantanku bersih

PMBK sertai Gotong Royong Perdana "Kelantanku Bersih"
Khamis, 19 Syaaban 1440H bersamaan 25 April 2019

Kota Bharu: Seramai 10 orang kakitangan telah mewakili PMBK untuk menyertai Program Gotong Royong Perdana "Kelantanku Bersih" yang diketuai oleh Pengurus Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat Kumpulan, En. Zamakhshari bin Muhamad.

 

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato' Hj Ahmad bin Yakob di Dataran Bandar Raya . Turut hadir mengiringi beliau Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr. Hj Izani bin Husin.   

Seramai lebih kurang 2000 orang sukarelawan dari pelbagai agensi turut menyertai acara ini untuk membersihkan bandar Kota Bharu. Program ini diadakan sempena dengan kempen Kelantanku Bersih 'Jupo Sapoh Kutip Jangey Tohok Koksey' dan berakhir pada pukul 11 pagi.    

 

 

 

 

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa