Pada tanggal 2 Ramadhan 1430H bersamaan 23 Ogos 2009 yang lalu telah diadakan satu majlis penuh gilang-gemilang di Masjid Kota darulnaim sebagai membuka tirai Ramadhan pada tahun ini iaitu Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan 1430H, majlis penuh bersejarah itu telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Majlis yang bermula pada pukul 12.00 tenghari itu turut dihadiri oleh YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri. Dianggarkan hadirin yang hadir mencecah hampir 300 orang memandangkan masjid Kota Darulnaim pada hari itu penuh sesak, hinggakan ada sebahagian daripada mereka terpaksa solat di atas rumput masjid.

Program anjuran JAMiL (Jawatankuasa Bersama Pembangunan Aktiviti Masjid Kota Darulnaim) yang dianggotai kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Air Kelantan Sdn. Bhd, Kelantan Kontraktor (KELKON) dan Bank Muamalat cawangan Kota Darulnaim ini merupakan program tahunan masjid ini bermula pada tahun lepas lagi.

Majlis bermula denga ucapan alu-aluan daripada Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Pengerusi JAMiL, seterusnya diikuti oleh ucapan daripada YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, beliau adalah merupakan penasihat kepada JAMiL. YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar pula diberi penghormatan untuk menyampaikan Tazkirah Ramadhan seterusnya menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. Antara objektif majlis tersebut ialah Membina kesedaran untuk menghayati segala kebaikan yang terdapat dalam bulan Ramadhan dan segala peristiwa yang terdapat di dalamnya. Disamping Memakmurkan Masjid Kota Darulnaim yang terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan ini dengan pelbagai program-program keilmuan dan keagamaan.

Pelbagai program telah diatur oleh pihak JAMiL khususnya di bulan Ramadhan antaranya Tazkirah Ramadhan yang diadakan pada setiap hari bermula pada jam 12.15 tengahari hingga solat zohor, tadarus Al-Quran, Solat tarawikh dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik selain YAB Tuan Guru berkesudian menyampaikan sumbangan ramadhan kepada 60 penerima, kehadiran tetamu berbangsa India dan Tionghwa yang turut sama memenuhi majlis yang dibuat di dalam masjid ini telah membuka lembaran baru dalam pendekatan dakwah kepada masyarakat majmuk di Kelantan dan Malaysia umumnya sebagaimana yang sering diucap oleh YAB Tuan Guru.

 

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa