Kota Bharu, 22 Mac 2009 - Biarpun hari sambutan keputeraan Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW ialah pada 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H, namun alunan selawat ke atas Rasul masih lagi kedengaran di Masjid Kota Darulnaim. Walaupun sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada hari Ahad, 22 Mac 2009 bersamaan 25 Rabiul Awal 1430H di Masjid Kota Darulnaim adalah secara sederhana namun penuh dengan ketulusan ikhlas hati para tetamu.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Bersama Pembangunan Aktiviti Masjid Kota Darulnaim (JAMiL) yang terdiri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Kelkon, dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Sempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1430H ini, JAMiL telah menganjurkan forum yang bertajuk “Cinta Rasul vs Cinta Selebriti – Bagaimana Menyintai Rasul SAW Di Akhir Zaman” dengan panel jemputan khas iaitu Dr. Jamnul Azhar Mulkan dan Ustaz Mohd Azariza Mohd Alawi. Forum ini telah membuka mata dan hati para jemputan supaya lebih menjiwai sifat-sifat teragung Rasul SAW.

Alunan selawat ke atas Rasul SAW dibaca sejurus selesai menunaikan solat Zuhur secara berjemaah sebagai tanda penghormatan kepada Baginda sebagaimana firman Allah SWT:-

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Bersama-samalah kita bersyukur dengan iman dan islam yang kita miliki.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa