Kerakusan dan keganasan tentera rejim Yahudi terhadap rakyat palestin mendapat simpati kerajaan negeri Kelantan. Pihak kerajaan negeri Kelantan yang diketuai oleh Menteri Besar Kelantan, Dato` Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama ribuan rakyat Kelantan memohon keselamatan Palestin.

Program kemanusiaan bagi membantu mangsa kekejaman Israel itu diadakan pada 23 Januari 2009 baru- baru ini, bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-1V. Pada majlis tersebut telah diadakan solat hajat `selamatkan Palestin` disamping melancarkan kutipan derma Tabung Amanah Cakna Palestin dari pihak kerajaan dan rakyat Kelantan.

Kerajaan negeri diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato` Mohd Aiseri Alias telah menyumbang sebanyak RM500 ribu, manakala, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman menyumbang sebanyak RM250 ribu, serta Perbadanan kemajuan Iktisad negeri Kelantan (PKINK) yang diwakili oleh Ketua Eksekutif PKINK, YABrs Haji Mohd Sabri Abdullah menyumbang sebanyak RM100 ribu.

Jumlah keseluruhan kutipan sebanyak 1.5 juta yang dapat dikumpulkan melalui sumbangan kerajaan dan rakyat Kelantan, pada malam tersebut. Program yang bertema `Sumbangan Derma Seberapa Banyak Untuk Rakyat Palestin` ini menjadi sumbangan terbesar rakyat Kelantan tanpa mengira kaum dan agama untuk kebajikan rakyat Palestin yang mewakilkan penerima derma dari Gaza.

Di majlis itu juga telah diadakan pentomin supaya masyarakat menjiwai situasi rakyat Palestin yang dikejami tentera Israel dengan bedilan yang menghancurkan bumi Palestin dan masyarakatnya.Selain itu, wakil- wakil dari kaum Cina, India dan Siam turut melaungkan suara kebencian mereka kepada kekejaman Zionis terhadap Palestin dalam ucapan mereka melalui bahasa ibunda masing- masing.

Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengambil pendekatan, mengumpulkan sukarelawan dan sekretariat Misi Cakna Palestin pada awal januari lalu yang berterusan berkempen memboikot produk- produk dari US & Israel. Kempen tersebut dibuat dengan pengedaran risalah, cd dan video untuk memberi kesedaran kepada rakyat diseluruh Malaysia. Ia sekaligus menyatakan bantahan keras terhadap tentera Israel.

Gerak kerja yang disusun oleh sekretariat Misi Cakna Palestin juga akan membolehkan misi bantuan kemanusiaan ke bumi Palestin direalisasikan bagi membantu meringankan beban mangsa kekejaman Israel itu.

Ketika ditemui dimajlis tersebut, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar (PMBK), selaku Timbalan Pengarah Misi Cakna Palestin, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman berkata, semoga usaha kecil melalui sumbangan daripada pihak kerajaan negeri Kelantan dalam membantu rakyat Palestin ini akan mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa