Sempena hari AIDS sedunia pusat perlindungan PERNIM, berjaya menjejaki ahli keluarga pesakit setelah membuat lawatan ke seluruh Malaysia. Pertemuan antara ibu dan anak yang menghidapi AIDS yang diaturkan oleh PERNIM mendapat kerjasama sepenuhnya oleh pihak kerajaan negeri Kelantan yang bersama-sama dalam usaha pencarian tersebut.

Ia diadakan di majlis makan malam dan penyampaian sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) pada 20 Disember 2008 yang lalu bertempat di Hotel Raudhah Kota Bharu

Beberapa badan kerajaan, NGO dan individu turut memberi sumbangan, di antaranya, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Kelab Pegawai Pembangunan Armalah Negeri Kelantan (PURNAMA), Urusetia Penerangan Negeri Kelantan (UPEN) dan YB Dato’ Hj Husam Musa.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) diwakili oleh Puan Nik Amalina Nik Abdul Aziz yang mengganti ibunya, YABhg Datin Hjh Tuan Sabariah Tuan telah mnyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000. Manakala PKINK menyumbang sebanyak RM2,000 dan YB Dato’ Hj Husam Musa. Sumbangan berkenaan diserahkan kepada YB Hjh Wan Ubaidah selaku wakil kepada PERNIM.

Ketua Pegawai Operasi PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang hadir sama di majlis ini mengakui, bahawa Pusat Perlindungan PERNIM patut dicontohi kerana turut membantu kerajaan memikul tanggungjawab untuk membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama kanak-kanak yang terbiar, kematian ibu bapa akibat AIDS.

Pengasas & Pengerusi Pusat perlindungan PERNIM Puan Norlina Alawi ketika ditemui berkata, semua anggota lapisan masyarakat seharusnya tidak mengasingkan anak- anak yang menghidap penyakit HIV/ AIDS. Mereka perlu diberi perhatian dan penjagaan yang sewajarnya.

Usaha yang patut dilakukan ialah menyedarkan masyrakat atau memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa sikap prejudis terhadap AIDS perlu dielakkan kerana apa yang menimpa mereka boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Beliau mengalu-alukan penubuhan badan-badan NGO yang ingin berganding bahu bersama-sama PERNIM memperjuangkan hak yang sama diberikan kepada mangsa anak-anak HIV/AIDS terutamanya mereka yang kematian ibu-bapa mendapatkan perlindungan rawatan berterusan di hospital-hospital,klinik-klinik kerajaan dan diberi pendidikan berasakan keagamaan.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa