Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Dana Kebajikan Insaniah anjuran Pas Kawasan Kuala Terengganu di Jalan Sultan Mahmud, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut; Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar; Setiausaha Pas Kawasan Kuala Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau turut mengakui masih ramai yang berasa takut terhadap pelaksanaan hukum hudud dan juga penubuhan negara Islam sama ada dari kalangan orang Islam atau bukan Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan ketakutan tersebut sebagai ‘orang takutkan hantu’.

“Orang takut kepada negara Islam ini macam takut kepada hantu. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu.

“Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina, sama,” katanya.