Kifaalah Sdn Bhd

Kifaalah Sdn Bhd ditubuhkan pada 28hb Mac 2007 yang dipertanggungjawab untuk menjadi jentera penggerak kepada program Skim Takaful Kifaalah Warga Emas dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pada awalnya Kifaalah Sdn Bhd bertanggungjawab untuk memproses borang-borang penyertaan Skim Takaful Kifaalah Warga Emas dan menyediakan pangkalan data berkaitan peserta Skim Takaful Kifaalah Warga Emas. Memandangkan ia mempunyai potensi untuk menjana pendapatan maka diperluaskan bukan hanya tertumpu kepada program warga emas tetapi menjalankan perniagaan Takaful. Kemudiannya Kifaalah Sdn Bhd telah dilantik oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd sebagai wakil korporat dalam memasarkan dua jenis perniagaan takaful iaitu Takaful Am dan Takaful Keluarga. Kifaalah Sdn Bhd kini turut berperanan di dalam pengurusan perlindungan takaful ke atas aset dan kepentingan bagi pihak kerajaan negeri Kelantan dan keseluruhan agensinya serta syarikat berkaitan kerajaan yang dahulunya diuruselia oleh Rowstead Systems Sdn Bhd.

 

Berikut adalah insuran (Skim Kifaalah dan Takaful) yang ditawarkan oleh Kifaalah Sdn Bhd:

  • Skim Takaful Kifaalah Warga Emas

Skim Takaful Kifaalah Warga Emas adalah produk skim takaful PERCUMA yang ditawarkan oleh Kifaalah Sdn Bhd. Skim ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan terbuka untuk disertai oleh seluruh rakyat kelantan lelaki dan perempuan yang berumur 60 tahun ke atas. Rakyat negeri lain yang berumur 60 tahun yang bermastautin di Kelantan juga layak menyertai skim ini.

 

  • Skim Kifaalah Khaira Ummah

Skim Kifaalah Khaira Ummah adalah produk skim takaful berbayar yang terbaru ditawarkan oleh Kifaalah Sdn Bhd.Skim ini terbuka untuk seluruh rakyat kelantan yang berumur 18 tahun ke 59 tahun.

 

  • Skim Kafaalah Takaful As-Syabab/An-Nisa'

Merealisasikan kesempurnaan Rukun Islam Kelima bagi seluruh rakyat Kelantan apabila berlaku kematian melalui manfaat Badal Haji. Skim takaful berbayar ini ditawarkan khusus untuk seluruh rakyat Kelantan yang berumur 18 hingga 59 tahun.

 

  • Skim Kafaalah Takaful Penghulu Kerajaan Negeri Kelantan

Penghulu memainkan peranan yang sangat besar sebagai penghubung di antara rakyat dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Mereka menjadi penghubung menyampaikan pelbagai maklumat serta menjadi penghubung urusan wakil rakyat dengan masyarakat setempat. Di samping itu juga Penghulu juga menjadi pemudahcara kepada program Takaful Kifaalah Warga Emas Kerajaan Negeri Kelantan. Sebagai menghargai peranan dan jasa mereka kepada negeri, Kerajaan Negeri kelantan melalui Kifaalah Sdn. Bhd. telah menubuhkan satu skim khusus untuk mereka. Skim Kafaalah Takaful Penghulu Kerajaan Negeri Kelantan di wujudkan dengan kerjasama Koperasi Penghulu Kelantan.

 

  • Skim Kafaalah Takaful Aulad

Menyediakan manfaat perlindungan kepada pelajar jika ditakdirkan berlaku kematian atau keilatan akibat kemalangan termasuk:

    • mati lemas, terhidu gas, keracunan makanan, patukan ular / serangga
    • menunggang motosikal sama ada sebagai penunggang / pembonceng
    • rusuhan / kekacauan awam

 

  • Takaful Am (Motor & Bukan Motor)

Memberikan perlindungan Takaful ke atas peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga, kebakaran, kecurian, kerugian turutan, rumah dan barangan, wang, jaminan kejujuran, liabiliti awam, liabiliti majikan, pampasan pekerja, semua risiko, semua risiko kontraktor, semua risiko pembinaan, semua Risiko Peralatanplat kaca, tangki penyimpanan, dandang dan bejana tekanan, kerosakan jentera, dan pekerja asing.

 

  • Takaful Keluarga (Keluarga, Kamalangan Diri, Hospitaliti/Pembedahan & Pemilik Rumah Kediaman)

Memberikan perlindungan Takaful ke atas keluarga anda dari kemalangan, hilang upaya/kecacatan, penyakit serta perlindungan harta keluarga.

 

  • Takaful Gadaijanji (Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia)

Pelan Takaful Gadaijanji ini melindungi baki pembiayaan pembelian rumah seseorang individu semasa tempoh pembayaran beransuran kepada pembiaya. Pelan ini tiada unsure simpanan dalam perlindungannya.