PENGURUSAN dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta dan kewangan atau disebut sebagai ekonomi. Kegagalan mengurus dan merancang kewangan pada hakikatnya samalah dengan merancang untuk gagal. Ia boleh menjerumuskan seseorang kepada kehancuran. Dalam konteks sebuah negeri atau negara, gagal merancang ekonomi dengan baik boleh mengakibatkan negara berdepan dengan masalah inflasi, pengangguran, kenaikan harga barang dan seterusnya menuju ke arah muflis dan bankrap.

Petikan dari ucapan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Hj Nik Mat dalam pembentangan Belanjawan Kelantan 2012