• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

BERITA.BM.27.9

Kelantan tak halang aktiviti kebudayaanalt

Sinar Harian, 1 Januari 2014

 

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tidak menghalang kegiatan kebudayaan yang terdapat di negeri ini selagi tidak bertentangan dengan agama Islam.

 

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, kegiatan kebudayaan seperti makyung dan wayang kulit boleh diteruskan sebagai produk pelancongan jika persembahan itu mempunyai unsur mendidik rakyat dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

 

"Sebagai contoh wayang kulit, kita haramkan kerana mempunyai unsur-unsur syirik, khayal dan pemujaan, tetapi apabila diberi kaedah baharu yang boleh mendidik dan memberi pengajaran kepada rakyat, persembahan boleh diteruskan sebagai satu budaya di negeri ini," katanya.

      

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

      

Sementara itu, Ahmad mahu semua pihak memberi perhatian terhadap aspek kebersihan yang mempengaruhi tarikan pelancongan ke negeri ini.

"Kita cuba ubah sikap dan pemikiran masyarakat dengan mengadakan kempen kebersihan selain meminta bantuan melalui agensi seperti pihak berkuasa tempatan untuk menambah bilangan lori sampah yang melibatkan kos RM6 juta," katanya.

      

Ahmad berkata, hubungan yang baik dengan kerajaan persekutuan juga perlu untuk kebaikan rakyat dan bagi mencapai dasar kerajaan negeri iaitu membangun bersama Islam.

      

Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Cawangan Kelantan Nur Aida Ismail berkata, sebanyak tiga produk pelancongan negeri ini akan menjadi tarikan utama pelancong pada tahun ini.

      

"Kita tekankan tiga produk pelancongan iaitu warisan yang terdapat di negeri ini, budaya dan membeli-belah. Semua produk ini sudah ada cuma kita perhebatkan lagi dengan mengadakan aktiviti serta membuat penambahbaikan," katanya.

      

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan enam juta pelancong melawat Kelantan pada tahun ini. - Bernama

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa