A- A A+
             
     
             

Berita

Keputusan Kes Saman Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. Terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (Pmbk) Dan Baldah Toyyibah Sdn. Bhd. (Baldah)

Pada tahun 2014, Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. (DHI) telah memfailkan saman ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan anak syarikat iaitu Baldah Toyyibah Sdn. Bhd. (Baldah) kerana pelanggaran kontrak bagi cadangan pembinaan Projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu – Kuala Krai. DHI telah menuntut antara lain ganti rugi am untuk ditaksirkan atas pelanggaran kontrak, ganti rugi khas sebanyak RM5,488,497.00, faedah dan kos.

Kes telah didengar dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu dan pada 28 Februari 2017, Mahkamah Tinggi telah menolak tuntutan DHI terhadap PMBK tetapi membenarkan tuntutan terhadap Baldah. DHI telah membuat rayuan atas keputusan kes terhadap PMBK, manakala Baldah turut membuat rayuan atas keputusan kes yang memihak kepada DHI ke Mahkamah Rayuan.

Pada 06 Mac 2020, tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan telah sebulat suara membenarkan rayuan Baldah, manakala rayuan DHI terhadap PMBK ditolak. DHI kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Pada 07 April 2022, Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada tiga orang panel hakim iaitu YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf, PMR (Pengerusi), YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, HBM dan YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, HMP telah menolak rayuan DHI terhadap Baldah dan kes terhadap PMBK dibatalkan.

Susulan keputusan kes tersebut, DHI telah diperintahkan membayar kos kepada PMBK dan Baldah yang keseluruhannya berjumlah RM195,000.00 (RM125,000.00 kepada Baldah dan RM70,000.00 kepada PMBK).

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 744 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini152
Kelmarin227
Minggu Ini1142
Bulan Ini2264
Keseluruhan279392

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search