“Kita tunggu keputusan Kerajaan Kelantan. Kita akan cuba sedaya upaya untuk menjayakannya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ditanya perkembangan usaha kepimpinan PAS mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu tersebut, Salahuddin berkata, hal itu juga akan diputuskan jawatankuasa itu nanti.

“Segala keputusan, mereka yang akan buat,” katanya.

Sinar Harian difahamkan jawatankuasa khas tersebut akan dipengerusikan oleh Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa