“Saya diminta untuk memberikan reaksi mengenai isu Akta Murtad, saya sokong. Sampai masanya seluruh media dan Umno akan senyap, kita lihat sahajalah nanti,” katanya dipetik dari laman Facebook rasminya semalam.

Selain itu, Nik Aziz turut menyalahkan Umno kerana terlalu mengamalkan sentimen politik sehingga menghalang Pas daripada melaksanakan undang-undang khusus menangani gejala murtad sejak dari tahun 90-an lalu.

“Sejak dahulu sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh Pas untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan undang-undang berkaitan murtad.

“Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau, sepatutnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus mengenai perkara ini,” katanya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut mendedahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pada ketika itu Timbalan Presiden pernah memohon supaya usul yang dinamakan Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) dibawa ke Dewan Rakyat.

“Malangnya usaha sebegitu baik telah gagal disempurnakan dan ditolak dari awal tanpa diberi laluan untuk dibahaskan,” katanya.

Cadangan Akta Murtad dibangkitkan semula Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria minggu lalu agar gejala ini dapat dihalang selain menghukum individu terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan Akta Murtad harus dibincangkan secara bersama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana ia terletak dalam bidang kerajaan negeri.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa