Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd

Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd (Darul Digital) adalah pusat latihan ICT dan multimedia yang ditubuhkan pada 29 Januari 2007 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 3 April 2007. Dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Darul Digital beroperasi di Tingkat 3, KB Cyber Plaza, Jalan Hamzah, Kota Bharu dan ditubuhkan untuk membuka peluang kepada mereka yang berbakat dan berminat untuk mempelajari dan mempelopori bidang ICT dan multimedia di negeri Kelantan. Melalui pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia, Darul Digital telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Pusat Bertauliah yang menyediakan latihan kemahiran dan kursus terutama dalam bidang ICT kepada mereka yang berminat.

 

Berikut adalah perkhidmatan (latihan dan kursus) yang disediakan:

  • Kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer

Kursus ini akan memperincikan teknik-teknik profesional penyelenggaraan komputer. Selepas 6 bulan, para peserta akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. Baca lagi...

 

  • Kursus Penyelenggaraan Komputer

Kursus Membaikpulih Komputer ini adalah dibentuk bagi pengguna-pengguna akhir untuk memahami bagaimana komputer berfungsi dan sekaligus mengetahui bagaimana untuk memelihara, mengesan dan membaikpulih masalah atau kerosakan kecil yang berhubungkait dengan komputer. Kursus ini mendedahkan teori-teori dan latihan praktikal mengenai aspek-aspek pemasangan, penjagaan dan peningkatan program. Baca lagi...

 

  • Kursus Asas Microsoft Office

Kursus ini memberikan penekanan kepada asas tiga aplikasi utama yang sering digunakan dalam Microsoft Office 2007 iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint. Kepada mereka yang mahir menggunakan Microsoft Office versi 2003, mereka akan ditunjukkan dengan perbezaan Microsoft Office 2007 berbanding versi yang terdahulu terutama dari segi antaramuka pengguna. Baca lagi...

 

  • Kursus Asas Membangun Laman Blog

Para peserta akan didedahkan dengan kemahiran asas untuk membina dan menghasilkan sebuah laman blog dengan bantuan perisian percuma yang berkaitan. Kursus akan dilaksanakan melalui kaedah demonstrasi, perbincangan dan latihan amali. Baca lagi...

 

  • Kursus Asas Fotografi

Teknologi digital membolehkan ramai penggemar fotografi dapat menceburi bidang ini dengan lebih mendalam. Keupayaan dan keunikan paparan imejan langsung meningkatkan lagi keterajuan pengguna terhadap kamera digital. Ini juga telah memberi banyak faedah kepada golongan profesional dan amatur dalam menghasilkan karya yang indah dan menarik. Bengkel ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan kepada mereka yang ingin meningkatkan lagi kemahiran di dalam bidang fotografi DSLR. Kemahiran yang bakal diperolehi diharap dapat membantu para peserta meningkatkan minat mereka terhadap bidang fotografi. Baca lagi...

 

  • Kursus Asas Videografi

Videografi adalah merupakan pengajian teknik penggambaran video. Para peserta berpeluang untuk mempelajari proses sebenar dalam menghasilkan video melalui konsep pembelajaran gabungan antara teori dan praktikal dengan menggunakan medium perisian dan alatan tertentu. Peserta juga akan didedahkan dengan kerjakerja kursus secara berkumpulan untuk dipersembahkan di akhir jangkamasa kursus dan di sertai dengan perbincangan dan komen yang membina. Baca lagi...

 

  • Kursus Grafik Adobe Illustrator

Para peserta akan didedahkan dengan kemahiran asas ilustrasi grafik menggunakan perisian Adobe Illustrator. Bengkel ini dilaksanakan melalui kaedah demonstrasi, perbincangan, dan latihan amali. Bengkel ini diharapkan dapat mengembangkan lagi kreativiti merekabentuk dan seterusnya mengimplementasikan dalam membangunkan grafik web dan persembahan multimedia oleh para peserta. Baca lagi...

 

  • Kursus Grafik Adobe Photoshop

Para peserta akan didedahkan dengan kemahiran asas untuk merekabentuk grafik web dan multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kursus ini dilaksanakan melalui kaedah demonstrasi, perbincangan, dan latihan amali. Kursus ini diharapkan dapat mengembangkan lagi kreativi merekabentuk dan seterusnya mengimplementasikan dalam membangunkan grafik web dan persembahan multimedia oleh para peserta. Baca lagi...

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b