Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd adalah merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang berfungsi sebagai Syarikat tujuan Khas (SPV) Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perlaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK).

 

Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju membina Lebuhraya KBKK sepanjang 73 km yang akan menghubungkan Bandar Kota Bharu dan Kuala Krai. Lebuhraya ini bertujuan menyediakan kemudahan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan dan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas yang berlaku selama ini.

 

Rekabentuk Lebuhraya ini adalah lebuhraya antara bandar 4 lorong 2 hala berasingan (4-lane dual carriageway interurban highway) dengan kelajuan 100 km/j berdasarkan Piawaian Malaysia Standard” yang dikeluarkan oleh Malaysia Highway Authority. Ianya akan mempunyai 9 persimpangan bertingkat di beberapa buah lokasi yang telah ditetapkan.

 

Dua Kawasan Rawat & Rehat (R&R), satu di setiap arah akan dibina di lokasi strategik dipertengahan jarak Lebuhraya dan beberapa Hentian Sebelah juga akan turut dibina disepanjang Lebuhraya.

 

Pembinaannya akan dibahagikan kepada 2 fasa iaitu:

  • Fasa 1 iaitu dari Machang ke Kuala Krai melibatkan jarak sepanjang 30km.
  • Fasa 2 iaitu dari Kota Bharu ke Machang.

 

Memandangkan Kerajaan Pusat telah membuat keputusan untuk membina laluan dari Kota Bharu ke Kadok sepanjang 15km, maka Kerajaan Negeri sekarang ini memberikan tumpuan kepada pembinaan Fasa 1 iaitu dari Machang ke Kuala Krai yang mana Majlis Pecah Tanahnya telah disempurnakan oleh Mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012.

 

Baki jajaran Fasa 2 iaitu dari Kadok ke Machang akan disempurnakan pembinaannya oleh Kerajaan Negeri jika Kerajaan Pusat tidak berhasrat untuk meneruskan pembinaannya.

 

Lebuhraya yang berkonsepkan tanpa tol ini juga turut berkonsepkan sumbangan wakaf dan derma dimana kos pembinaan serta penyelenggaraannya akan dibiayai sebahagiannya oleh dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta termasuklah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Lebuhraya untuk kemudahan rakyat ini bakal menjadi mercu tanda ikatan yang erat antara kerajaan dan rakyat.

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b