Kelantan Golden Trade Sdn Bhd

Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) menjalankan urus niaga yang melibatkan Dinar dan Dirham selaras dengan objektif Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengembalikan semula mata wang syariah dalam edaran mata wang Malaysia. Ditubuhkan pada 23 Oktober 2008 dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). KGT beroperasi di Lot 3-14, Tingkat 3, KB Cyber Plaza, Jalan Hamzah, Kota Bharu dan ditubuhkan untuk mengembalikan penggunaan syiling Dinar dan Dirham sebagai mata wang alternatif kepada rakyat negeri Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

 

Berikut adalah jenis syiling Dinar dan Dirham yang boleh didapati:

  • 1/2 Dinar
  • 1 Dinar
  • 2 Dinar
  • 5 Dinar
  • 8 Dinar
  • 1 Dirham
  • 2 Dirham
  • 5 Dirham
  • 10 Dirham
  • 10 Dirham Belia
  • 10 Dirham Wanita
  • 20 Dirham

 

Kegunaan Dinar dan Dirham boleh dijadikan sebagai pembayaran zakat, alat tukaran dalam muamalat (urusaniaga) dan kehidupan harian, hadiah/cenderahati, mahar/mas kahwin, simpanan untuk menunaikan umrah, simpanan untuk pendidikan dan kegunaan masa depan, dan simpanan harta untuk masa depan dalam bentuk emas/perak. Penentuan harga semasa syiling Dinar & Dirham ini boleh diikuti melalui laman sesawang KGT.

 

Berikut adalah senarai Wakalah (wakil jualan/pengedar) kami yang sah:

  • Ambiz Gold
  • Musk Trade
  • Al Fitrah
  • Empayar Jutawan Emas
  • Suria
  • Mal Barakah
  • Qafilah Resources
  • Munawwarah Trading
  • Menara Saujana
  • Koperasi Wanita Islam
  • Koperasi Pasar Siti Khadijah
  • NNM Gold Resources
  • Saudagar Emas
  • Bayu Melawi
  • Sahabat Emas
  • Utama Solutions

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b