HARI KELUARGA PMBK 2009 MERIAH

Ditulis oleh Super User. Posted in Uncategorised



Hari Keluarga PMBK 2009 yang julung kali diadakan disambut begitu meriah dengan kehadiran semua kakitangan PMBK, anak-anak kakitangan dan pengurus anak-anak syarikat PMBK. Sambutan Hari Keluarga dengan tema Ikatan Kasih, Tautan Ukhwah yang diadakan pada 6 dan 7hb Ogos 2009 bertempat di Gem Beach Resort, Kuala Terengganu ini bertambah meriah dengan kehadiran Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama isteri Datin Tuan Sabariah dan anak beliau, Nik Omar, Nik Asri dan Nik Salsabila.

Turut dijemput menghadiri Hari Keluarga PMBK ini ialah Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rusdi Abdullah, Setiausaha Politik Menteri Besar, Hj. Anual Bakhri Haron dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaakob.

Program Hari Keluarga PMBK yang dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat merupakan cetusan idea daripada Ketua Pegawai Operasi Kulmpulan PMBK, YBrs Ir. Abdul Ariffahmi Ab Rahman. Program ini diadakan bertujuan untuk membalas segala usaha gigih semua kakitangan dan merupakan masa yang sesuai untuk semua kakitangan berehat di samping mengikuti program santai yang dirancang dan mampu merehatkan minda.

Ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah di antara kakitangan dan keluarga dengan adanya pelbagai aktiviti yang memerlukan penyertaan bersama.

Sebelum bertolak ke destinasi, semua kakitangan mengaminkan doa memohon supaya perjalanan ini selamat sampai ke destinasi. Perjalanan ke Gem Beach Resort, Kuala Terengganu ini diiringi peronda polis dan juga marshall bagi memudahkan konvoi beramai-ramai yang diadakan.

Selain itu, program yang berlangsung selama dua hari satu malam ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti bertaaruf dengan semua ahli keluarga kakitangan agar lebih rapat dan mesra antara satu sama lain. Aktiviti lain yang dimuatkan ialah seperti kuliah agama, sukaneka, makan malam dan barbeque.

Sesuai dengan suasana yang damai dan tempat yang menarik, segala aktiviti yang diadakan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Semoga Hari Keluarga PMBK yang akan datang bertambah meriah dengan kehadiran semua kakitangan PMBK dan juga dengan kehadiran semua kakitangan anak syarikat.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa