MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PMBK 2009

Ditulis oleh Super User. Posted in Uncategorised

Setahun hanya sekali”. Itulah gambaran yang paling menarik mengenai aidilfitri. Pada musim ini kebanyakan organisasi mengambil peluang untuk mengadakan rumah terbuka hari raya bagi meraikannya bersama-sama kakitangan dan juga orang ramai. Rumah terbuka ini juga memberi peluang kepada kakitangan syarikat untuk mengeratkan lagi ukhwah yang terbina selama ini.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan bersama anak-anak syarikat, Air Kelantan Sdn Bhd dan Kelkon Sdn Bhd juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan rumah terbuka hari raya bagi meraikan seluruh kakitangannya, anak-anak syarikat dan juga orang ramai. Majlis yang penuh meriah ini telah diadakan pada tanggal 12 Syawal 1430H bersamaan 1 Oktober 2009 yang bertempat di Laman Parkir PMBK.Majlis ini bertambah meriah apabila perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan yang juga merangkap Pengerusi PMBK iaitu YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tidak ketinggalan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PMBK iaitu YBhg Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.Majlis sambutan hari raya ini adalah anjuran bersama di antara PMBK dan Majlis ini juga diadakan bagi mengeratkan lagi ikatan ukhwah dan semangat kerjasama yang sedia terjalin di antara penghuni bangunan PMBK.

Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk membina budaya saling bermaafan di antara satu sama lain bersesuaian dengan tema yang dipilih iaitu “Tangan Dihulur, Maaf Dipinta”.Pertandingan gerai tercantik antara anak-anak syarikat juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis pada hari itu. Selain itu, pelbagai juadah disediakan kepada tetamu termasuk satay, roti pakistan, lemang, ketupat, ayam golek, pelbagai aneka kek dan biskut raya, lontong, nasi dagang, nasi bukhari, laksa, mee kari dan sebagainya.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa