Kisah kejayaan projek tanah kerajaan negeri Kelantan
Kisah kejayaan projek tanah kerajaan negeri Kelantan
Harakah, 05 Jun 2013
KUALA KRAI: Mat Hussin, 89 kini mampu senyum lebar. Penghijrahannya ke hulu Kelantan pada 1962 ternyata membuahkan hasil. Beliau sekarang memiliki kebun getah, dusun dan tapak rumah.
Kebun getah seluas enam ekar, dusun (2 ekar) dan lot rumah (suku ekar) sekarang dianggarkan bernilai lebih RM300,000.
“Sebelum berhijrah ke sini pak cik tidak mempunyai sebarang harta, jauh sekali bermimpi memiliki kebun sendiri. Di Semerak tidak ada apa pun untuk dibuat bekalan hari tua.
“Dahulu hendak sampai ke sini ambil masa sehari semalam. Kawasan ini hutan belantara. Dengan tenaga empat kerat kami membuka tanah di sini,” katanya, sambil merakam ucapan syukur tidak terhingga.