WARGA SWITZERLAND MAHU HARAMKAN MENARA MASJID

Ditulis oleh Super User. Posted in Uncategorised

GENEVA : Keputusan rasmi pungutan suara semalam menunjukkan, lebih 57 peratus penduduk Switzerland menyokong cadangan larangan menyeluruh terhadap pembinaan menara masjid di negara itu. Menurut agensi berita ATS, hanya empat daripada 26 daerah di negara itu menolak cadangan dikemukakan Parti Rakyat Switzerland (SVP) yang berhaluan kanan. Menurut SVP, menara masjid melambangkan ‘keinginan politik dan agama untuk berkuasa’. Pungutan suara itu dilakukan selepas SVP mendesaknya dengan mengemukakan 100,000 tandatangan selama 18 bulan. Kerajaan bertegas menolak gesaan itu kerana ia boleh ‘merosakkan imej Switzerland’. - AFP

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa