PAS SOKONG LARANG KURSUS BTN DI NEGERI PAKATAN

Ditulis oleh Super User. Posted in Uncategorised

KUALA LUMPUR, 30 Nov: PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri itu, daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta.

"Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja," kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Biro Tata Negara mengundang kontroversi selepas tujuh wakil rakyat Selangor menyerahkan memorandum menggesa penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri dan penjawat awam negeri dilindungi dari program indoktrinasi BTN.

Memorandum tersebut berkata, akal peserta BTN disusun-semula supaya membenci kaum Cina dan parti-parti yang tidak sealiran dengan Umno-BN.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan menyekat penyertaan penjawat awam negeri dan para penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri bagi menjaga keharmonian di Selangor yang pernah menyaksikan ketegangan akibat tingkah-laku Umno dalam kes demo kepala lembu.

Ekoran itu, beberapa negeri Pakatan Rakyat yang lain turut mengkaji untuk menuruti tindakan Selangor itu. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nasri Aziz hari ini berkata, kerajaan akan mengkaji semula modul latihan BTN.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dijangka akan mendengar usul mengenai pengharaman BTN di negeri itu hari ini.

Bagi Idris, Biro Tata Negara yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya berperanan untuk indoktrinasi kepada peserta untuk benci kepada parti pembangkang dan menyokong Umno/BN sahaja.

Modul yang diselit ialah kononnya negara sedang mengalami ancaman perkauman. Kuasa Melayu semakin terhakis. Ini adalah modal lapuk yang dihidangkan kepada para peserta, katanya.

Menurut beliau, apabila pensyarah yang hendak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran MA dan Phd perlu lulus kursus Biro Tata Negera.

Mereka yang tidak sealiran tidak akan mendapat biasiswa walaupun akademik mereka cemeralang.

"Inilah yang pernah dialami oleh Saudara Ramadhan Fitri Alias bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya walaupun beliau mendapat kelas pertama dan sijil dekan setiap semester," kata Idris.

Menurutnya lagi, beliau telah gagal dalam kursus Biro Tata Negara, lalu beliau tidak layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.

"Beliau gagal kerana tidak memenuhi cita rasa golongan primitif," kata Idris.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa