• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

Mimpi Yang Tak Sudah

Sedang otak ligat mencari idea untuk ruangan MyTazkirah4u, jari-jari menekan keyboard membelek emel-emel lama. Satu persatu emel dibuka dengan harapan peroleh bahan untuk dijadikan modal menulis.

Sedang asyik menyelongkar, mata tertumpu lama pada selembar emel tersimpan dengan tajuk yang mudah. Cerita Tiga Ekor Lembu. Ia seakan menggamit nostalgia lama semasa mengikuti kelas khas Bahasa Arab Untuk Bukan Penutur di Universiti Kaherah. Cerita yang dicatat dalam buku sastera Arab dengan dialog peribahasa, “sesungguhnya aku telah dimakan pada hari aku biarkan lembu putih dimakan”

Catatan ringkas emel yang disimpan sejak 2009 itu memberikan idea untuk dikongsikan untuk semua kakitangan PMBK. Ceritanya begini:

Dalam sebuah hutan belantara terdapat tiga sekawan lembu dan seekor singa.

Tiga ekor lembu yang berwarna putih, hitam dan merah hidup dengan slogan “All For One, One For All”. Menterjemah moto hidup bersama dalam satu bahtera. Saling bantu membantu antara satu sama lain.

Slogan inilah yang menjadi ancaman kepada singa yang kelaparan. Pelbagai helah kudrat digunakan untuk meratah daging lembu tetapi hampa. Slogan “stand together” yang digunakan oleh sekawan lembu itu pastinya menggagalkan rancangan singa.

Setelah lama mencari jalan, si singa peroleh akal-idea. Secara sulit berjumpa dengan lembu yang berwarna hitam.

“Tahukah engkau lembu hitam yang hutan kita ini sering dikunjungi pemburu. Pemburu selalunya akan bermalam di hutan ini,” si singa memulakan umpan.

“Ya, jika begitu kenapa? Jawab lembu hitam.

Singa mula tersenyum. Umpan sudah mengena. Sesi pujukan pasti akan berhasil.

“Pada waktu malam, gelapnya akan menyembunyikan kamu, si lembu merah dan aku dari dilihat pemburu tapi warna putih pada badan lembu putih akan memberikan isyarat bahawa dalam hutan ini terdapat binatang buruan. Keadaan ini bukan sahaja akan membahayakan lembu putih tetapi aku, kamu dan lembu merah juga.” Si singa meneruskan helah.

“Ya. Jika begitu bagaimana cara mengatasinya.“ Lembu hitam mula kegusaran. Hujah tersebut telah mematikan akal si lembu hitam.

“Untuk selamatkan kita semua di hutan ini, engkau mesti melepaskan aku untuk memakan lembu putih. Dia harus dikorbankan untuk keselamatan kamu semua dan aku yang berada di hutan ini,” si singa meneruskan helah

“Jika begitu, demi keselamatan diriku dan semua yang berada di hutan ini, aku akan biarkan kamu makan lembu putih” Lembu hitam segera bersetuju.

Setelah itu terkorbanlan lembu putih dengan kerelaan dua lagi sahabatnya, lembu hitam dan merah di tangan singa. Bermulalah episod pencabulan slogan, “All for One, One for All” yang selama ini dianuti kemas sekawan lembu.

Selepas beberapa ketika, singa datang kembali berjumpa lembu hitam.

“Sahabatku lembu hitam. Pemburu datang lagi ke hutan kita. Sekarang sudah tidak lagi bermalam di hutan ini kerana takutkan aku, raja rimba. Mereka hanya berburu di waktu siang.” Si singa memulakan helah.

“Ya. Kalau begitu kenapa? Si lembu hitam kehairanan.

“Begini. Warna merah pada badan lembu merah akan kelihatan jelas di waktu siang. Si pemburu pasti akan dapat meneka bahawa di hutan ini terdapat buruan. Senario ini akan membahayakan kamu dan aku. Lembu merah perlu dikorbankan untuk keselamatan kita berdua.” Si singa sekali lagi menggunakan tektik yang agak sama.

“Kalau betul begitu, aku akan biarkan engkau makan lembu merah,” tegas lembu hitam.

Bergembiralah singa dengan kejayaan mengorbankan lembu merah dengan pertolongan lembu hitam. Gerhanalah seluruh hutan menangisi pengkhianatan seorang kawan.

Setelah beberapa ketika singa muncul lagi. Dengan penuh bangga singa mendabik dada.

“Hari ini aku sudah tidak perlu bersusah lagi untuk makan kamu wahai lembu hitam. Kawan-kawanmu telah tiada. Dihadapan matamu sendiri aku makan mereka. Dengan restu mu.” Singa mulakan kebanggaan atas kejayaan memperdaya lembu hitam dan kini tibalah saatnya pula lembu hitam dimakan.

Dengan penuh kekesalan kerana termakan jerat singa, lembu hitam menuturkan peribahasa yang dijadikan bahan sastera dalam buku-buku sastera bahasa Arab;

“Oh! Sebenarnya aku telah dimakan pada hari aku biarkan lembu putih dimakan”.

Inilah kehidupan. Realitinya tidak semudah mimpi. Sekalipun mimpi yang tidak sudah.

Hadapilah kehidupan dengan penuh waspada. Hargailah mereka yang berada disekeliling kita. Mereka yang bekerja bersama-sama. Jangan biarkan walau sekali musuh memusnahkan ikatan kerjasama ini. Stand together.

Sekian.

Ust Muhammad Najid Abdullah
Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia
Perbadanan Menteri Besar Kelantan

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa