• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

TAZKIRAH MINGGUAN

Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Jawatankuasa Bersama Pembangunan Aktiviti Masjid Kota Darulnaim (JAMiL) menganjurkan tazkirah mingguan sebagai salah satu intipati santapan rohani kepada kakitangan Kumpulan PMBK. Program ini juga terbuka kepada masyarakat umum yang berminat untuk menghadiri tazkirah tersebut.Tazkirah mingguan diadakan sebagaimana berikut:

Hari: Setiap hari Isnin
Masa: 8.30 pagi - 9.30 pagi
Tempat: Masjid Kota Darulnaim (bersebelahan SUK), Kota Bharu, Kelantan.

KOLEKSI AUDIO TAZKIRAH


1. Ibadah Haji
- Ust. Hj Othman Mat Zain - 17 Zulkaedah 1434H bersamaan 23 September 2013.

2. Zulhijjah & Catatan Ibrah
- Ust Hj Saibon Ismail - 02 Zulhijjah 1434H bersamaan 07 Oktober 2013.

3. Ibadah Korban & Solat Sunat Hari Raya
- Ust Norazariza Mohd Alawi - 09 Zulhijjah 1434H brsamaan 14 Oktober 2013

4. Muhasabah Diri di Hujung Tahun
- Ust Hj Ilias Ahmad (b/p: Ust Hj Zulqarnain Hassan) - 23 Zulhijjah 1434H bersamaan 28 Oktober 2013

5. Peristiwa Maal Hijrah
- Ust Ahmad Fadzli Shaari (S/U Akhbar Menteri Besar Kelantan) - 14 Muharam 1435H bersamaan 18 November 2013

6. Adab-adab ke Masjid
- Ust Hj Zulqarnain Hassan - 21 Muharam 1435H bersamaan 25 November 2013

7. Penguasaan Diri
- Ust Norazariza Mohd Alawi - 28 Muharam 1435H bersamaan 02 Disember 2013

8. Amalan Penjagaan Lidah
- Ust Hj Othman Mat Zain - 13 Safar 1435H bersamaan 16 Disember 2013

9. Tipu Daya Syaitan
- Ust Norazariza Mohd Alawi - 09 Zulhijjah 1434H brsamaan 14 Oktober 2014

10. Peristiwa Hijratul Rasul
- Ust Hj Zulqarnain Hassan - 03 Muharam 1436H brsamaan 27 Oktober 2014

11. Kemanisan Ibadah
- Ust Hj Saibon Ismail - 21 Rabiul Awal 1436H bersamaan 12 Januari 2015

12. Kewajipan Meyakini Masa Depan Demi Islam
- Ust Norazariza Mohd Alawi - 28 Rabiul Awal 1436H bersamaan 19 Januari 2015

13. Maulidur Rasul S.A.W.
- Ust Hj Othman Mat Zain - 05 Rabiul Akhir 1436H bersamaan 26 Januari 2015

14. Jenis Manusia Yang Dimurkai Allah SWT
- Ust Hj Saibon Ismail - 19 Rabiul Akhir 1436H bersamaan 9 Februari 2015

15. Menjaga Keaiban
- Ust Hj Saibon Ismail -  02 Rabiul Awal 1437H bersamaan 14 Disember 2015

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa