• HARI RAYA AIDILADHA
  • VK2016
  • Banner.01.Visi.Misi
  • Banner.02.Misi
  • Banner.03.Wismar
  • Banner.04.Integriti
  • Banner.05.eLeave

Banner-Aktiviti-2014

MAJLIS PELANCARAN SET HAJI & UMRAH NUTRIFERA (NUTRIHAJJ)
KOTA BHARU, 11 Ogos 2016

NUTRIHAJJ1Bersempena dengan program Lambaian Kaabah yang diadakan pada 08 Zulkaedah 1437H bersamaan 11 Ogos 2016, bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd dan Xcell Bio-Resources Sdn Bhd mengambil peluang untuk melancarkan produk terbaru iaitu NUTRIHAJJ, set haji dan umrah Nutrifera. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan Negeri Kelantan, YB Hjh Mumtaz Md Nawi diiringi oleh Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan merangkap Pengarah Xcell Bio-Resources Sdn Bhd. Turut mengiringi adalah Pengurus Kanan Komunikasi Korporat & Pemasaran, Zamakhshari Muhamad, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Baca Lagi...

Banner-Aktiviti-2014

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA KELANTAN GOLD TRADE SDN BHD (KGT) DENGAN PERSATUAN KEMAHIRAN WANITA KELANTAN (PKWK)
28 Syawal 1437H bersamaan 2 Ogos 2016

DSC 0425Tanggal 28 Syawal 1437H bersamaan 2 Ogos 2016 telah diadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kelantan Gold Trade (KGT) dengan Persatuan Kemahiran Wanita Kelantan (PKWK) yang diadakan di Pusat Jualan Dinar & Dirham Kelantan Gold Trade Sdn Bhd di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Baca Lagi...

Banner-Aktiviti-2014

SUMBANGAN INFAQ 1 GRAM WAFER EMAS KEPADA ASNAF DAN HUFFAZ
20 Syawal 1437H bersamaan 25 Julai 2016

DSC 0053Infaq bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “ Apabila mati seorang anak Adam maka akan terhentilah amalnya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkannya dan bermanfaat kepada orang lain atau anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim). Bersedeqah merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t bagi menjamin penambahan saham akhirat pada hari perhitungan kelak. Salah satu cara untuk bersedeqah adalah dengan menggunakan Emas dan Perak. Antara kelebihan bersedeqah menggunakan Emas dan Perak adalah emas tidak mudah dicairkan dan boleh dijadikan sebagai tabungan masa hadapan.“Akan tiba suatu masa tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham” (Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Baca Lagi...

air 1AKSB pertingkat pengurusan air Oktober ini
HARAKAHDAILY, 22/9/2016

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih berhadapan dengan kes bil tertunggak sebanyak RM22 juta.

Jumlah berkenaan diperoleh menerusi akaun sebelum tahun 2000 hingga sekarang yang masih belum dilangsaikan pengguna.

Pengurus Besarnya, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail, berkata dari jumlah berkenaan sebanyak RM5.5 juta akaun dihapus kira akibat hutang lapuk yang tidak dapat dikenal pasti pemiliknya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi wawancara berkaitan Migrasi Air bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, di pejabatnya.

Baca Lagi....

Perdana MenteriPerkhidmatan air Kelantan akan lebih mampan
SINARHARIAN, 14 SEPTEMBER 2016

PUTRAJAYA - Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan dimuktamadkan hari ini yang bakal memanfaatkan 1.6 juta pengguna di negeri itu dengan perkhidmatan air yang lebih mampan.

Ini berikutan pemeteraian beberapa perjanjian berkaitan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air berkenaan di sini yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Baca Lagi....

AKSBstafAKSB tumpu pelaksanaan projek segera
UPKN KELANTAN, 9 OGOS 2016

KOTA BHARU : – Pengurusan baru Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hari ini menjelaskan akan menumpukan kepada pelaksanaan beberapa projek segera yang boleh membantu penduduk negeri ini menikmati bekalan air bersih secepat mungkin.

Baca Lagi....

MBI - Dilingkaran Luar Kotak

 

Saya amat tertarik dengan slogan ungkapan yang sering bermain di benak orang Kelantan sejak 1990;

 

“Gabungan ulamak, profesional dan aktivis dalam menjayakan hasrat murni memartabatkan Islam di bumi Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.”

 

Lantas coretan kali ini mengungkapkan pemerhatian nyata dalam merealisasikan slogan “Membangun Bersama Islam” seperti berikut :-

 

1. Tidak ada istilah ”Traffic Jammed” yang teruk.

 

2. Ada Kuliah Mingguan buat pengisian rohani.

 

3. Hari Jumaat, terpegun tengok makcik-makcik menahan kereta sewa dengan destinasi ke Kuliah Jumaat.

 

4. Setiap waktu berlari-lari anak-anak muda ke surau atau masjid untuk solat berjemaah, walau sebelumnya kelihatan berseluar suku kaki (3 quarter)

 

5. Bos tidak pernah mencari anak buah jika routine sekitar “8.20 pagi/8.30 pagi” bergegas ke surau untuk solat Dhuha.

 

6. Solat Berjemaah di waktu pejabat amat digalakkan.

 

7. KFC, McDonald, Pizza Hut, Kenny Rogers, Mydin Hypermarket, Marrybrown ditutup sejam sewaktu solat jumaat.

 

8. Pengasingan kaunter bayaran lelaki perempuan dan keluarga. Sekalipun ada juga yang tidak peka gambar tunjuk jantina,tapi sekurang-kurang ia mengandung peraturan yang membawa mesej “mengurangkan percampuran” dan memberikan keselesaan kepada wanita khasnya.

 

9. Wanita, dewasa dan anak-anak kecil terbiasa dengan kewajipan bertudung walau gayanya pelbagai.

 

Dan banyak lagi...

 

Sebelum mengakhiri tulisan ini, mari kita sama-sama menyelesaikan teka teki di bawah:

 

box

 

Jadikan kotak di atas sebagai segiempat dan selesaikan masalah berikut:-

 

1. Kotak 1 bahagikan kepada 2 bahagian sama besar

 

2. Kotak 2 bahagikan kepada 3 bahagian sama besar

 

3. Kotak 4 bahagikan kepada 4 bahagian sama besar

 

4. Kotak 5 bahagikan kepada 7 bahagian sama besar

 

Jawapan perlu dihantar ke Unit Pembangunan Sumber Manusia atau terus sahaja layangkan jawapan ke Jabatan Pembangunan Korporat.

 

Tiga jawapan terawal dan betul akan layak menerima saguhati dari Jabatan Pembangunan Korporat.

 

Bertemu lagi di keluaran akan datang.

 

Sekian.

 

ZURAIDAH MOHD HUSSIN

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat

13 Safar 1435 / 16 Disember 2013

Kumpulan PMBK

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. X-Cell Bio bw PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.Kelantan ICT Gateway copy bw16a