• ads.eleave
  • ads.misi
  • ads.visi
  • banner portal iklan qiadah2

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

Banner Article 02

IMG 4422

Majlis Perjanjian Persefahaman Antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan OM Resources (M) Sdn Bhd.
PMBK, 20 Mei 2019

Kota Bharu: PMBK merupakan sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan ekonomi negeri Kelantan melalui projek-projek pembangunan infrastruktur, industri, perumahan, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri Kelantan.

Banner Article 01

gotong royong perdana kelantanku bersih

PMBK sertai Gotong Royong Perdana "Kelantanku Bersih"
Khamis, 19 Syaaban 1440H bersamaan 25 April 2019

Kota Bharu: Seramai 10 orang kakitangan telah mewakili PMBK untuk menyertai Program Gotong Royong Perdana "Kelantanku Bersih" yang diketuai oleh Pengurus Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat Kumpulan, En. Zamakhshari bin Muhamad.

Banner Article 02

umkkumh

UMK bantu Kelantan pertingkat kecekapan guna teknologi hijau
Hazira Ahmad Zaidi - Berita Harian, 17 April 2019

Kota Bharu: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi meningkatkan kecekapan penggunaan teknologi hijau, khususnya dalam pelupusan sisa sampah dan penggunaan plastik berasaskan petroleum di negeri ini.

Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail, berkata melalui kerjasama itu, pihak UMK akan sedaya upaya membantu kerajaan negeri dalam membangunkan dasar sifar sisa di Kelantan.

Banner Article 02

sbiag 2019

Royalti minyak: Tunggu dua hari lagi, kata MB Kelantan
Rohana - Sinar Harian, 15 April 2019

Tumpat: Perkembangan bayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan akan diketahui dalam tempoh dua hari lagi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu akan diketahui selepas selesainya proses mahkamah nanti.

BERITA_TERKINI

Dua projek bantu peniaga
Berita dari Sinar Harian Online

KOTA BHARU, 18 Okt: Kerajaan negeri menafikan pembinaan Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru merupakan projek yang gagal sebaliknya berjaya membantu peniaga-peniaga kecil menjalankan perniagaan di tempat yang selesa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 70 peratus premis kedua-dua bazar perniagaan itu telah dipenuhi peniaga.

”Tempat ini sangat berdaya maju buat peniaga dan melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu, kedua-dua bazar ini dipantau bagi kepentingan peniaga,” katanya ketika sesi soal jawab sidang Dun semalam.


Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Husam Musa berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien pernah memberitahu parlimen setiap negeri yang ditemui minyak sama ada di laut atau daratan berhak mendapat royalti lima peratus.

Sehubungan dengan itu katanya, sepatutnya Datuk Seri Najib harus menghormati pendirian dibuat bapanya sendiri.

“Sepatutnya dengan slogan 1Malaysia hak kepada Kelantan patut diberi. Ketika Kelantan menyertai Tanah Melayu pada 1957 ada hak-hak yang diberi kepada Kelantan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohamad Mustafa (Pas-Demit).

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berkata, ucapan Tun Razak tersebut boleh dilihat pada hansard Dewan.

Katanya, berdasar kepada laporan Petronas dan laman web Malaysia Thailand Joint Authority 6 Mei 2005, nilai pengeluaran minyak dan gas di perairan Kelantan sebanyak RM175 juta.

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

 02b  04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa