Banner Article 02

IMG 4422

Majlis Perjanjian Persefahaman Antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan OM Resources (M) Sdn Bhd.
PMBK, 20 Mei 2019

Kota Bharu: PMBK merupakan sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan ekonomi negeri Kelantan melalui projek-projek pembangunan infrastruktur, industri, perumahan, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri Kelantan.

PMBK mempunyai sepuluh anak syarikat yang bertanggungjawab dalam membangunkan negeri Kelantan. Antaranya PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd yang berperanan dalam pembangunan sumber mineral. Antara projek yang telah dijalankan adalah projek Kompleks Perlombongan Air Degong dan Air Piau serta projek Chiku, Gua Musang.

Tujuan perjanjian persefahaman tersebut diadakan adalah untuk mewujudkan jalinan kerjasama bagi projek pembangunan sumber mineral batuan silika di negeri Kelantan.

OM Resources (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Singapura dan beroperasi di Australia, Afrika Selatan, China dan Malaysia (Sarawak). Mereka terlibat dengan aktiviti perlombongan dan peleburan bagi pengeluaran ferro silicon dan manganese alloy.

Pada 19hb November 2018, satu pasukan pengurusan dari OM Resources (M) Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan kerja ke Kelantan dan telah mengadakan perbincangan dengan PMBK dan PMBK Az Zahab mengenai peluang pelaburan dalam industri perlombongan di Kelantan.

Bagi mempamerkan kesungguhan PMBK terhadap projek ini, satu lawatan teknikal ke OMS telah diadakan pada 17 Disember 2018 oleh wakil PMBK dan PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd. Lawatan ini bertujuan untuk mengkaji aspek teknikal operasi OM Holdings Limited.

Pada 17 Januari 2019, satu lawatan kerja telah diadakan oleh PMBK yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, wakil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan serta wakil Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan.

Dengan terjalinnya perjanjian persefahaman ini akan dapat memberi kesan yang positif terhadap ekonomi negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan dalam membangunkan projek-projek yang berkaitan.

Anggaran jualan setahun: 300,000 tan x RM40/tan = RM12 juta setahun

PMBK - 20 Mei 2019

Kumpulan PMBK

 02b  04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa