Banner Article 02

Bekalan air bakal terjejas dua hari

Bekalan Air Bakal Terjejas Dua hari
Sinar Harian, 28 Februari 2018

TANAH MERAH - Kira-kira 4,300 akaun pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di daerah ini dijangka terjejas selama dua hari berikutan kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, di sini, bermula esok.

Pusat Informasi dan Talian Aduan AKSB (Pintas) dalam satu notis memaklumkan, dalam tempoh tersebut, loji itu ditutup dari jam 10 malam hingga 4 pagi yang akan menyebabkan berlaku gangguan bekalan air kepada pengguna terbabit.

Kawasan terlibat ialah bandar Tanah Merah; Jalan Jedok; Jalan Klinik; Manal; Padang Siam; Lubuk Rotan; Bukit Panau; Belimbing; Jalan Lubok; Bukit Gading; Bechah Laut; Jerangau; Jalan Tanah Merah-Pasir Mas serta sebahagian Machang iaitu Temangan dan kawasan sekitar.

Justeru, Pintas menasihatkan pengguna terlibat supaya menggunakan air dengan berhemah dan menyimpan bekalan air mencukupi dalam tempoh tersebut.

Untuk pertanyaan dan informasi, pengguna boleh menghubungi Pintas di talian bebas tol 15777 dan MyAKSB.

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa