dato hanifa6 projek bernilai RM150 juta bakal dilaksana AKSB
SinarHarian, 14 DISEMBER 2016

PASIR MAS - Sebanyak enam buah projek membabitkan nilai berjumlah RM150 juta bakal dilaksanakan dibawah Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) pada tahun hadapan.

Exco Infrastruktur dan Utiliti, Datuk Hanifa Ahmad berkata, projek tersebut akan mula dilaksanakan pada Febuari atau Mac sekiranya mendapat persetujuan bersama dari Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga Hijau dan Air (KeTTHA).

"Kita telah mengadakan pertemuan dan perbincangan serta mengemukakan cadangan berkaitan dengan projek menaik taraf perkhidmatan air di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Cek Wasi Takaful Kifalah di Pejabat Dun Pengkalan Pasir.

Menurutnya, projek tersebut melibatkan pembinaan loji-loji baharu dan menukar batang-batang paip bagi memastikan mutu perkhidmatan ASKB turut dipertingkatkan.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b