Denggi: MB ketuai Gotong-Royong Perdana
Harakah Daily, 19 Ogos 2014.

ahmad-yakob

KOTA BHARU: Menteri Besar menolak andaian sesetengah pihak mendakwa kerajaan negeri kurang memberi kerjasama bagi menangani wabak denggi yang melanda sekarang.  

Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, agensi di bawah kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada Jabatan Kesihatan bagi mengurangkan wabak denggi.

Katanya, gotong royong perdana yang dilaksanakan di tiga lokasi hari ini diusahakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan.

“Selain itu turut hadir Jabata Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela dan PBT,” katanya kepada media selepas merasmikan gotong royong membasmi wabak denggi di Kampung Paya Senang, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota Exco, Dr Ramli Mamat dan Pengarah Kesihatan Negeri dan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher.

Dua lagi lokasi gotong-royong iaitu Kampung Demit Kubang Kerian diketuai Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, manakala anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood pula mengetuai di Tanjung Chat.

Sebelum ini ada pihak mempersoalkan usaha kerajaan negeri bagi menangani wabak denggi yang melanda Kelantan sejak beberapa bulan lalu.

Menteri Besar berkata, usaha secara berterusan hendaklah dilakukan bagi mengurangkan kadar wabak denggi.

“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk turun ke kawasan-kawasan ‘panas’ denggi dengan mendapat kerjasama semua pihak.

“Sekarang bukan lagi sekadar bercakap sebaliknya perlu melakukan kerja. Denggi boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

“Jabatan Kesihatan telah lama memberi taklimat iaitu sejak Febuari lalu kepada masyarakat tetapi masih lagi kurang mendapat kerjasama orang ramai,” katanya.

Oleh itu katanya kerajaan dengan secara tegas meminta rakyat supaya lebih peka terhadap wabak tersebut.

Menurutnya dengan adanya rasa bertanggungjaab ke atas perkara itu Insya-Allah wabak denggi boleh dikawal.

“Semua pihak hendaklah bekerjasama dan menjaga keluarga masing-masing. Kita berdoa Allah supaya mengangkat wabak agar tidak lagi berpanjangan,” tambahnya.

Kumpulan PMBK

 02b  04b KGTSBa 06b  08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa