• portal.jom.iklan
  • norma.baharu.3c.3w
  • portal.jom.baca

Banner Article 02

titm

Perkhidmatan Bekalan Air Lebih Baik Untuk Kelantan
Harakah Daily, 28 April 2020

LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Banner Article 02

mahar dinar dirham 1

Mahar Dinar Dirham Terus Popular Di Kelantan
Oleh Norzana Razaly, UPKN 28 Januari 2020

Pasir Puteh: Perkahwinan bermaharkan mata wang sunah Dinar emas dan Dirham perak keluaran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terus menjadi sohor kini dalam kalangan masyarakat yang celik emas.

Bersempena tahun 2020, seorang belia kelahiran Kampung Bukit Abal, Mohd Shukri Mat Yasin, 37, bertindak bijak menambah nilai mengikut sunah dengan pemberian mahar sebanyak 10 Dinar 10 Dirham kepada isterinya, Nurul Huda Yusoff di dalam upacara akad nikah yang berlangsung di rumah pihak pengantin di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada 24 Februari 2020.

Banner Article 02

aksb bebas rasuah 1

AKSB Bebas Rasuah
Oleh Kalam Timur, UPKN 28 Januari 2020

Kota Bharu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 10 maklumat berkaitan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dari tahun 2015-2019 dan tiada sebarang pendakwaan kes berlaku sekali gus melayakkan AKSB diisytiharkan bebas rasuah.

Demikian menurut Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan, Hairul Ilham Hamzah pada Taklimat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) AKSB di Wisma Air Kelantan pada 23 Januari 2020.

Banner Article 02

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu

AKSB henti lepas enap cemar sejak tahun lalu
Oleh Adila Sharinni Wahid, Sinar Harian 26 Ogos 2019

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghentikan pelepasan enap cemar di kawasan sungai dan tali air di Kampung Pulau Raja Kubang, Kerian sejak Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Operasi AKSB, Mohd Safrurazi Salleh berkata, pihaknya sentiasa peka dan sedar mengenai pengurusan enap cemar di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha di sini dan sudah mengambil langkah bagi mengatasi hal berkenaan.

Banner Article 02

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar

Kerajaan Kelantan Proaktif Terokai Potensi Tenaga Solar
Oleh Norzana Razaly, 3 Julai 2019

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan proaktif menyahut pengumuman Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk meningkatkan saranan tenaga boleh diperbaharui bagi gabungan tenaga daripada 2% kepada 20% termasuk penjanaan kuasa hidro berskala besar bagi tempoh 2025 hingga 2030.

BERITA_TERKINI

AIR KELANTAN BASUH NAJIS LEMBU RM250 JUTA
Harakahdaily.net

 

e-coli1.     Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

2.     Namun, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun, sebagai respon awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.

3.     Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

4.     Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%),  Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

5.     Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?

6.     Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.

7.     Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Yang Amat Berhormat Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh: 25 Zulhijjah 1432H bersamaan 21 November 2011

kerjaya01

tender02

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa