jabatanbantuanSemua Jabatan Diminta Beri Bantuan
SINAR HARIAN, 24 Disember 2014

KOTA BHARU - Kerajaan negeri meminta semua jabatan di negeri ini sentiasa memberikan bantuan sewajarnya kepada mangsa banjir di seluruh negeri berikutan keadaan diramal semakin buruk.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kejadian banjir kali ini agak besar dan boleh dikatakan terburuk dalam tempoh 10 tahun yang memerlukan semua pihak bertindak pantas bagi menjamin keselamatan mangsa banjir di seluruh negeri.

 

“Kerajaan negeri sudah arahkan jabatan di bawah kerajaan persekutuan dan negeri supaya berjaga-jaga serta sentiasa memberi bantuan, dan bertindak pantas demi menyelamatkan mangsa banjir yang terlibat.

“Gelombang kedua ini, walaupun tidak hujan di bahagian utara, namun kita tahu di selatan hujan lebat dan air mula naik di Gua Musang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik) di sini, semalam.

Ahmad berkata, sehingga kini bantuan dan bekalan makanan disediakan secukupnya dan sudah berada di pengkalan hadapan, begitu juga peruntukan kewangan daripada Tabung Serambi Mekah serta dana lain akan diperuntukkan sebanyak mungkin bagi membantu mangsa banjir.

Menurutnya, solat hajat juga dilakukan kerana bencana alam ini sukar dijangka.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, seramai 277 pelajar tahfiz di seluruh negeri bergraduasi, semalam.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa