Skim Takaful KifaalahBantu ringan beban waris
SINAR HARIAN, 17 Disember 2014

PASIR MAS - Skim Takaful Kifaalah warga emas yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri membantu meringankan beban keluarga yang kehilangan insan tersayang.

Penerima, Wan Haidi Wan Hamat yang kehilangan ayahnya, Wan Hamat Wan Jaafar berkata, wang RM1,500 yang diterima tersebut dapat digunakan untuk mengadakan majlis tahlil untuk arwah.

“Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami yang baru kehilangan ayah tersayang.

“Wang tersebut juga akan digunakan untuk menyelesaikan urusan peninggalan arwah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Wang Pendahuluan Skim Kifaalah Warga Emas di Peringkat Dun Chetok.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman.

Sementara itu, Abdul Halim berkata, untuk wang pendahuluan, RM500 diberikan kepada waris dan selebihnya akan disampaikan pada peringkat kedua nanti.

“Untuk kali ini seramai 32 orang waris yang menerima sumbangan tersebut.

“Selaras dengan dasar kerajaan negeri Kelantan sebagai sebuah negeri berkebajikan, skim ini diperkenalkan bagi memberi perlindungan takaful kepada seluruh warga emas,” katanya.

Menurutnya, ia diberikan kepada semua warga emas di Kelantan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa