nik amarPantau penerokaan haram di Lojing
SINAR HARIAN, 15 November 2014

KOTA BHARU - Kerajaan negeri memantau beberapa kawasan di tanah tinggi Lojing yang didakwa berlaku aktiviti penerokaan haram termasuk penanaman sayur-sayuran secara sembunyi.

Mengakui keadaan itu berlaku di Lojing, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan juga diambil bagi memastikan ia terkawal dan pada masa sama, tidak mahu kejadian banjir seperti berlaku di Cameron Highlands terjadi di sini.

 

“Penerokaan haram ada berlaku, cuma di Lojing ia tidak besar kerana kayu balak sudah tiada, sebaliknya penerokaan haram ini melibatkan penanaman sayur-sayuran.

“Itu kita akan ambil tindakan dan mereka yang diberi kebenaran menanam sayur, setakat ini ia berjalan baik dan mengikut peraturan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Mohd Amar berkata, penanaman sayur-sayuran di Lojing terkawal, cuma yang menjadi masalah ketika ini ialah penerokaan haram berlaku di tengah hutan.

“Keadaan ini menyukarkan pemantauan dan kami mengharapkan kerjasama semua pihak untuk membuat laporan mengenai penerokaan haram ini memandangkan kita memang berhati-hati membangunkan tanah di Lojing.

“Memang kita buat perlahan-lahan, sebab itu sebelum ini kita wujudkan jawatankuasa khas bagi memantau pembangunan di Lojing. Kami serius memastikan pembangunan ini tidak menjejaskan alam sekitar dan merosakkan ekosistem," katanya.

Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga memainkan peranan aktif, namun pihaknya dimaklumkan JAS berdepan masalah kekurangan kakitangan.

"Kita harap kerajaan persekutuan dapat menambah kakitangan penguat kuasa alam sekitar tetapi walaupun kurang kakitangan, pegawai JAS yang ada tetap komited menjalankan tugas dengan mengeluarkan surat amaran termasuk beberapa kes melibatkan syarikat pemaju yang sudah dibawa ke mahkamah,” katanya.

Selain itu katanya, Pejabat Tanah dan Galian turut meneliti dari segi perlanggaran syarat, sama ada jika berlaku perlanggaran syarat kelulusan projek, ia membolehkan kerajaan negeri ambil tindakan.

“Terdapat dua atau tiga kes yang didakwa di mahkamah, manakala melibatkan amaran pula, mereka buat remedi (perlanggaran kontrak),” katanya.

Beliau berkata, pembangunan di Lojing bukan sahaja melibatkan penanaman sayur-sayuran, sebaliknya pembangunannya bercampur, namun sekarang hanya terhad kepada sayur-sayuran.

“Pembangunan sebenar adalah pembangunan bandar yang mempunyai bandar baharu, ada resort dan pentadbiran, tetapi ia belum bermula kerana pihak berkenaan mahu selesaikan hal reka bentuk.

"Projek ini akan dikendalikan di bawah agensi Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dan Pejabat Menteri Besar Kelantan (PMBK)," katanya.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa