Ahmad-Yakob Calon UPSR Perlu Perbanyak Doa
SINAR HARIAN, 9 September 2014

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengingatkan semua ibu bapa kepada pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) supaya memberi lebih perhatian kepada mereka sepanjang tempoh peperiksanan tersebut berlangsung.

Menurutnya, selain itu, ibu bapa dan calon itu sendiri digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan doa, pasakkan dalam dada bahawa kejayaan mendapat kecemerlangan adalah hasil daripada pemberian ALLAH SWT.

“Sepanjang peperiksaan tahun ini, jagalah psikologi dan kesihatan mereka agar dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan penuh bersemangat dan persediaan yang mantap.

“Masa adalah perkara utama yang perlu dijaga dan jangan biarkan anak-anak leka dengan perkara yang melara mereka dari mengulang kaji pelajaran,” katanya dipetik dari laman sosial Facebook miliknya.

Selain itu, beliau juga berdoa semoga semua calon UPSR sentiasa ceria, sihat dan dapat menjawab segala soalan peperiksaan dengan jayanya selain menghadapi UPSR dengan penuh bersemangat.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa